lagi beberapa hari..
Genaplah anakda Zaheera Nur Qaisara
8bulan.
cepat waktu berjalan tak terasa.
Alhamdulillah.
mengimbau kenangan buka hadiah bersama baru je rasanya macam semalam.
peluk dirimu yang mungil manis.. serba halus dan tak bermaya.
mama tahu Zaheera penyeri kami.
mama selalu panggil zaheera Qaisara. sebab Qaisara adalah puteri yang
luarbiasa Allah pinjamkan buat mama.
kamu hadir bagaikan suatu episod yang tidak henti buatkan aku merasa..
untungnya menjadi seorang ibu..
syukurnya aku menjadi seorang ibu.
dan.
kerana itulah.
aku tidak berhenti putus.
mendoakan mereka terutama yang aku kenal.
diberikan rasa yang sama. sama macam aku rasa.
Alhamdulillah..
riang tidak terkata..
hari demi hari.. bulan berganti..
kedengaran berita2 kawan2 , sedara2 juga mendapatkan cerita yang luarbiasa.
zuriat yang Allah pinjamkan untuk bersama2
dijaga.
aku gembira buat semua.
bukan aku cerita sebab doa aku.
tapi sebab doa kita bersama.aku tumpang bangga untuk menumpang bahagia.
moment itu mengingatkan sekali tentang hal yang terjadi dalam hidup ku./
macam mana aku menghargai sekali..
mereka yang tak putus simpati dan mendoakan aku..
ketika aku dalam dugaan 4tahun menanti cahaya mata dua malaikat ini..
aku tahu siapa mereka.
aku dapat rasakan.
Terima kasih semua...
doa kalian.. aku direzkikan untuk ada.
ada rasa bahagia punya mereka.
Yang aku sangka dapat teruna ternyata Allah kasi si dara..
senyum lah aku bahagia tak terkata..
yang aku nampak. dan terbayang..
aku dan dia saling ikatkan tocang rambut sama sama.
berkongsi segala khazanah pink bersama.
haha.
lucu sekali
i mean. comel sekali!
excited mama nak tunggu dia.nak scan jantina dia.
dubdabdub macam ada yang masuk minang.
lepas scan.
doktor kata.
"its hamburger!"
dah kenapa pulak doktor ni cakap ada hamburger. masa bila pulak aku makan burger .
yes. bukan monas. its hamburger!
ok.
metafora nya doktor ni.
berjaya buat aku tercengang seketika.hm
*sepetkan mata,mulut senget.*
tak faham.meh aku fahamkan.
Monas: (tugu negara indonesia) pacak memanjang tinggi menjulang haha
Hamburger: ermm ermm.. macam hamburger lah. bayanglah sendiri haha (yer begitulah.. wkwkwkwkw ehm!istighfar.amboi suka)
ABANG!
yes. Dia lah abang kawasan dirumah nih. Dia seorang yang penyayang dan sangat sensitif kalau
bercakap tentang adiknya.
"bagi adik kat baim (kawan dia) pulang ya..?"
"gak! /atau tak!"jawapan nya.
Dia sayang adik. sebab tu dia suka cium pipi adik sampai adik rasa nak tendang dia.
Dia sayang adik peluk adik sampai adik menangis. menjerit seakan meminta tolong.
"mama rimasss abang nihh" kalaulah adik boleh bersuara.
Dia sayang adik. kalau adik tidur suka bangun kan adik! sayangg sangat. (tak kira masa.nak ajak adik main mainan dengan dia)
Dia sayang adik. main mainan. sampai baling kene kepala. itu biasa.
menangis lah adik. suara halilintar bergema seluruh alam semesta.
nak dicubit..?
sayang. tak de guna. kerna dia hanya faham bila kita pandai bijak mengolah kata. pujuk dan sayang dia. sampai dia faham dia seorang abang. bukan pakida!.
Abang..
Abang Zav mama.,
"kalau abang Zav terbaca ni...
Abang kene ingat satu hal.
Abang lah pelindung adik.
Abang lah kekuatan dan harapan adik.
pegang adik kuat2..
didunia penuh pancaroba.
bantu adik. bimbing adik.
jangan pernah biarkan adik.
pimpin adik sampai adik berjaya dan bahagia didunia sampai
kita berkumpul lagi di syurga.."
HABIT!
her habit! kembang hidung. i dont know lah why anak gegirl daku sorang ni hobi dia macam tu dari lahir sampai sekarang,.. tak tahu lah dosa mak dia kenapa dan kerana apa sampai jangkit kat anak.
nak kata masa mengandung suka tengok orang korek hidung pun tak. haha
tapi.
ini lah yang membuatkan aku selalu kesian kat Zaheera. dan selalu doakan dia supaya dia selalu menjadi anak yang cantiik jasmani dan akhlak nya(ruhani nya)..
SYUKUR.
dia sampai harini sihat pun dah satu anugerah hebat masyaAllah luarbiasa. tak bisa digambarkan kata kata syukur ku pada Tuhan yang Maha baik. Sungguh aku tak berdaya dan sunguh aku tak sanggup melihat mereka dalam sengsara dan derita..Allah maha tahu aku.
biarlah. ketepikan soal zahir. habitnya.
yang aku tahu sekarang. aku kene selalu perbaiki lagi diri menjadi ibu yang benar. isteri yang benar.
anak yang benar. dan . MENJADI
HAMBA ALLAH YANG BENAR.
Aku lihat dia.
ibarat aku melihat diiri sendiri.
aku sedar. Aku juga bukan cantik mana. tidak lah buruk mana.
tapi aku selalu yakinkan diri bahawa aku lah yang akan selalu dipandang Tuhan.
aku perbaiki mazmumah ku.
aku yakinkan diri. akulah paling dipandang Rasulullah. kerana itu aku cuba menjejaki akhlaknya.(walupun susah payah!.aku cuba.)
aku cuba yakinkan diri aku bukan dipandang manusiakerana cantik. keturuanan . pangkat atau harta. tapi kerana aku selalu bercerita dan berkongsi tentang DIA(Tuhan). walaupun.
aku sendiri. (masih bertatih untuk kenal dan cinta akan Nya)
HARAPAN MAMA
kamu jadilah manusia yang selalu beri manfaat pada orang lain.. kumpulkan sebanyak2 banyak temen yang boleh membmbing kamu dan sama2 ke syurga nya.
gembira tidak mengapa. tapi jangan sampai ter over leka.
berbuat baik berpada pada.
tapi tidak lah buat baik sampai mudah merasa diri tak berdosa.
buat baik lah pada mereka yang tidak henti berkata tidak baik pada kau sampai dia sendiri lelah
akan kejahatan dirinya.lelah untuk membenci. kau buat baik sampai dia bisa jatuh cinta!.
BERAT
ya. harapan mama berat tapi padat.
intinya.
Jadi lah
anak yang bertaqwa.
PENUH DENGAN PERKARA BERMANFAAT DAN KEBAIKAN DIDUNIA .
insyaAllah. kamu baca ni.
(walaupun mungkin mama dah tiada)
mama tau kamu bisa.
"Jadilah permata yang berharga ditengah manusia"
love.hugs.