Quantcast
Channel: ERRA KYRA HEADLINE
Viewing all 176 articles
Browse latest View live

ERRA KYRA TEROKAI BUMI PERAK BERSAMA SAHABAT MEDIA

$
0
0

Mana aku letak passport?? puas aku cari kat mana2 tempat.. air susu yang ingin dicicah biskut pun dah makin sejuk menunggu aku yang sibuk menggeledah almari..

sambil melayan otak yg serabut.. time tu juga ada mesej masuk.. aku terpanggil untuk membaca , disaat tu..  aku tersenyum..
aku reply ya!

ya apa??
  

Ya, setuju atas sebuah lamaran.. *sweet nyerr la hai* =.='
Alhamdulillah..pada tanggal 10 Jan 2014 , aku diberi

berpeluang mengikuti trip Railway Toburism ke Ipoh menggunakan ETS(Electric Train System),jemputan dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)selama 3 hari sempena Pelancaran Brosur Pelancongan Keretapidengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 



Tiba lah hari yang ditunggu.. niat bermusafir bermula lagi.. sebuah perjalanan sambil mencari ilmu dan pengalaman.. dung dang dung dang.. dari jauh dah terasa kemeriahan perasmian nya di KL sentral..

berdebar menunggu..

bau keretapi baru..
setelah kaki berjaya menapak.. train terus tertutup rapat.. dan bergerak laju.. meninggalkan lambaian para pengunjung yang asyik teruja..

berbekal kan pas media..
aku dapat ramai kenalan baru..yang ramah,comel,matang,sempoi,juling,garang manjaa.. haa macam2 sampai kan keretapi dah macam asrama.. excited jumpa kawan2 masing bercampur baur dengan excited dalam keretapi baru.. kelajuan nya memang mengalahkan keretapi yang sedang termenung(berhenti) =P

Ipoh menyambut kedatangan kami dengan penuh gemilang,paluan kompang dan sekali lagi acara pementasan berlansung..sedang semua tertumpu disana..aku berlegar memerhati dan menghayati 
seni bina banggunan lama keretapi Ipoh ,peninggalan zaman jajahan british yang masih utuh kemegahan nya.. hebatnya Allah.. otak manusia yang kecil.bisa mereka cipta sebegitu tersergam indah dan mewah..*mood teruja*

FAKTA
-perjalanan ke Ipoh yang mengambil masa lebih kurang 2jam
-perkhidmatan rel  berkelajuan tinggi mencapai lebih daei 140km/jam
-muatan penumpang sekitar 350 orang disuatu masa
-perlbagai kemudahan asas seperti 
tandas,koc buffec,plug point(caj bateri hp dll)
-mempunyai bidadari paragawati



HOMESTAY 
10Jan.1245pm
kami dibahagi kepada 4 bas,menuju ke destinasi kampung yang berbeza..

KG.BENG
disini lah kami berlima dapat ibu dan ayah angkat..tmpat kami tinggal,makan,sembahyang,bergurau senda, berceloteh bersama..potpet sampai ke malam buta tak henti sampai bantal pun naik heran. *haha*

FAKTA
-Kg.Beng tiada kaitan dengan blogger otai kita abang Ben=P
-Kampung yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil
-kampung yang terpencil dipisah jauh oleh darat..
-pengangkutan utama orang2 disana ialah sampan,boat, dan feri... ehh takk..feri xde=P
-mengamalkan tradisi melayu.dan makanan khas kampung tradisional
-mengamalkan gotong royong
-sumber utama kg.Beng ialah penghasilan dari menoreh pokok getah



*mood manja* alololo... anak2 dara mak nihh.. ehh yang baca.xyah bising2,diamm

HARI KEDUA.
11/Jan.0930am
PERASMIAN PESTA 
MAKANAN TRASIONAL LENGGONG
masa nilah orang2 kampung dari pelbagai tempat turun..berbagai acara dan juadah percuma disediakan..

aku..

tertumpu di longgokan durian..=D

*senseng lengan* bismillahhhh....





BERPETANG BERSAMA PACAT YEAHH!
Kg.Beng 0300pm 
Assalamualaikummm...!! hutan pun menjawab! dengan deruan sepoi2 angin,bersama bersahut-sahutan air sungai yang ceria.. dari jauh kami dah dapat teka..kemain laju terus kami meredah hutan..sampaikan seliper pun tangan yang pakai..ayam yang tengok pun jadi terharu..hehe..
cuaca pun mood nya ok sangat..Alhamdulillah=')





HARI KETIGA.
12/JAN.0528am
kesejukan suhu air ditandas,dah terasa seperti mengalahkan air dalam peti ais kat umah..huhu.. menggigil nak amek wudhuk..haaa apetah lagi nak gedebush! mandi.. =((

BERANGKAT DENGAN BERATNYA HATI
Kg Beng.0835am
Masa yang mencemburui..rasanya belum habis puas kami bermanja dengan suasana dan mak ayah angkat kami..aktiviti kampung ,persembahan disebelah malam tadi nya pun masih segar terngiang2..berat rasa ingin meninggalkan Kg.Beng , dah sama berat dengan beg bagasi kitorang"huhu.. dah mula sesedih time nih..


MAASALAMAH...TATATITITUTU..
SHAYANG KG BENG SHANGAT!
jangan lupakan kitorang ya..kitorang pasti siggah lagi..mak ayah angkat sempat menyampuk,tepuk saya.. sambil berkata.. "Erra pulang Jakarta nanti jangan pula lupa kami disini juga yaa..kirim salam suami"
*terkejut.. dan terharu!huwaaaaa*
 

**Sahabat Blogger dari atas kanan..aFIRDAUS seorang yang murah senyum,sensitif,pendiam,pemerhati yang bijaksana hukhukk k SUEsuke gelak dan penceria orangnya,caring,merendah diri ,dan pandai mengawal suasana jadi setenang air yang ade buaya kekekek  QASEH(tudung hitam) suke sengih2 ,berperasaan,suke sepuk haha,dan senget, otak sempoi jer MIEZA(tudung coklat berspek itam)suka tetibe muncul,tetibe gelak,tetibe diam,tetibe berceramah hehe ... CAER(spek itam baju merah) bakal mendiri kan rumahtangga,dia ni nampak macam pendiam sebenarnya pembising juga rupanya .. A LAN CARENO (spek mate baju kelabu asap) sangat peramah,penyabar dan disiplin ... UJANG(baju hitam sdg flying kiss ke zafira anaknyee nun di putrajaya) haish,malas nak cite pasal cik abg sorang nih..nakal.serabut.suke galau haha tapi walaupun dia catu..dia ni prihatin,baikhati orangnya huhu.. A MAWARDI(baju biru) dia ni berdarah seni,pandai nyanyi,designer,ada la ciri2 seorg y kental n tabah. cewwahh... BEKI(bju putih) dia ni sy xbape faham sgt otak dia.. yg pasti dari jauh selalu nampak dia ni macam adik aku afiq..gelagat dia la.. lelain tu xlah sama.. mengada2 dia tu mmg sama haha.. haaa yang ni (bertopi spek coklat) nama nya NAJEEB. single.sangat openminded orgnya..penyayang..mesra,dan agak sensetif hehe..yg plg penting dia ni seorang penghibur.suara pun seangkatan Jamal abdillah..tahun depan masukla tu AF haha.. YANTY(berbaju coklat spek coklat free hair) seorang kakak yang manja,garang,penyayang dan sangat prihatin kekadang prihatin nya mengalahkan makcik kite..hehe.. seterusnya... ERR (tudung pink?).. xyah cite lah.. yang pasti . Dia ganas=P

**yang pic dibawah.. NORAIN(tudung purple) agak pendiam,pemerhati  DIKBEE(tudung cream) sangat happy go lucky,ramah dan baik. k AFIEFAHpemeriah suasana,sangat sempoi.best.kakton kalau tengok pun pasti jeles..heheSYUKRI(tergantung kamera) sangat gigih ,dan suka kan pemurah dalam mengambil gambar orang haha siann asyik kena jadi photographer sekalipon kamera2 orang lain.. 






PELANCARAN VICTORIA BRIDGE PERAK
Di Kg Seberang Karai Perak.1205pm
belum tamat samapai di jeti kg Beng rupanyaa.. huhu fikiranku meleset.. ^^

 Victoria bridge berhantu..?

segala teka teki tentang 
victoria bridge terjawab..

hantu sebenar dah pupus.. yang tinggal cuma hantu dalam diri masing2..
iaitu mazmumah..yang masih bersarang dalam diri.. hmm tiada hari yang kita berasa bahagia kalau hantu ego,sombong,hasad dengki,pemarah dan mazmumah lain masih disimpan..disekitar kita.. sama2lah kita buang dan membantu menepis nya.. insyaAllah! chaiyookk!


 Via Instagram @errakyra
*nampak cam pucat kan..sebenarnya ni semua gara2 matahari yang gemok lagi cute membahana=_=*



Terima kasih sekali lagi atas undangan dari pihak Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) bersama2 delegasi media serta pelancong dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri Perasmian 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day - 1Malaysia Green 1Malaysia Clean sebagai salah satu binaan warisan negara yg harus dipertahankan dan dijadikan sebagai tarikan pelancong... perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz...

sekali lagi juga disini kami diraikan sebagai tetamu.. dan santapan ala2 kampung.makan bertempuh bersila..  kemeriahan orang kampung bermain meriam dan alatan tradisional 
menjadi perhatian utama kami..

 FAKTA
-Victoria Bridge dibina sekitar tahun 1897-1900
-satu2nya jambatan kereta api yang melintasi Sungai Perak
-Jambatan keretapi tertua di Malaysia
-Victoria Bridge tidak digunakan lagi..menjadi tumpuan pelancong, peninggalan sejarah dizaman jajahan British
-21 mac 1900 dibuka leh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ,ketika itu disaksikan sendiri oleh Residen British.




Pengakhiran perjalanan.. 
tanpa disengaja..
diakhiri dengan airmata perpisahan..
kawan2 blogger yang pada awal nya cume sentuh hujung2 jari..hujung2 hati..dah pon rapat bagaikan isi dan kuku.. hati dah menjadi satu..sehingga lah medan sosial terus tak dihalang masa menjadi penghubung..

Ribuan terima kasih saya disini kepada kakak2 dan abang2 blogger yang tak jemu membuat diri ni tersenyum..tersengih..ketawa.. sehingga segala kata teguran sikit pun tidak ada yang meninggalkan kesan luka..

moga persahabatan kita tidak sampai disini..

huhu..

k.bai..

rindu korang

=')


SEJARAH ISTANBUL , AKU DATANG..

$
0
0


Kenapa (Istanbul)Constantinople begitu istimewa?
Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah  sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasaskan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.


Constantinople begitu sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya
 - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”

Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq

-  لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير

و لنعم الجيش ذلك الجيش
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w?

Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak  5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman  Kerajaan Uthmaniyyah.

Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.
Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.
Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.

Siapakah Muhammad al Fateh?



Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ (Fateh Sultan Mahmet) kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang   negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.

Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?

Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.

Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.

Bagaimanakah hasil pendidikan ini terhadap Muhammad al-Fateh?

Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara


Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama  dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”

Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?

Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga  sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.


Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.

Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.


Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat  jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?


Dari sudut geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore  dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Menara Bergerak
Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan dari Vatican. 

Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat.
Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.

Bagaimanakah Constantinople ditawan?
a-Membawa kapal melalui gunung


Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn.  Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
b-Suntikan semangat jihad
Baginda yang turut dibantu oleh para  ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.

c-Memanjat kota


Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan  tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

d-Karisma Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan  telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.
Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.

e-Terowong

Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.





Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.
Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?
Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang tidak pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .


Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.

Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine?

Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu.
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”

Apakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?

Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebu, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.

1- Keadilan beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

3-Perkembangan Tamadun 


Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah  dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.

*Jadi jangan hairan, andai anda kesana sejarah hebat ini sikit demi sedikit hendak dilupakan..(memang kerja syaitan tidak putus asa buat umat Islam terus lemah) sedangkan sisa2 peninggalan diabadikan untuk terus jadi pemangkin,penguat para muda mudi islam.bukan sekadar hiasan semata.bahkan untuk para pelancong..tak ramai pelancong2 islam dibawa singgah ke Makam Sultan Mahmet AlFateh dan para sahabat yang shahid.

*Pertama setelah ditakhluk,Constantinople diberi nama Islambol yang bermaksud (Islam keseluruhannya), telah datang Mustafa Kemal Artartuk(Presiden pertama Turkiye) menukarnya menjadi Islambol kepada Istanbul..cukup saya bersuara sampai disini.. sila google siapa kah beliau untuk islam..sedih.

Wallahualam..

*********insyaAllah next entry bergambar full perjalanan ku dan kawan2 serombongan di Istanbul , Turkiye*******


Akhir kata.. Alhamdulillah..
syukran Allah..tenkiu prof z..mama,ustaz agus dan kawan2 travel munatour..
moga semua yang membaca ini juga berpeluang menjejaki kesana..
dan memoryku disana kemarin , moga bukan lah yang terakhir..
musafir yang sungguh terngiangkan.. <3

ISTANBUL PENCURI TERHANDAL! [entry full gambar]

$
0
0
salam ..
 buat sahabat yang saya hormati lagi disayangi Tuhan.. kesempatan ini..saya meringkaskan sebuah perjalanan yang agak mengejutkan saya..last minute punya kisah..tapi Alhamdulillah diberi peluang oleh Tuhan yang Maha Baik,menjejaki bumi bertuah Istanbul,Turki..tak lupa juga buat Ayah,Umeyku yang selalu mendoakan..syukur,berkat semuanya ini telah dipermudahkan Tuhan termasuk urusan umrah kemarin..
semoga segala yang terpapar..menjadi inspirasi,manfaat,dan cita2 yang baik buat pembaca..


BLUE MOSQUE


buat sendiri ,jahit riben dan letak fishmagnet broach..memandangkan bag ku polos ,kosong..jadi kite touch up sikit..


MUSLIMAH TURKI 
*maaf ya keypad ni degil.dah kata dah jangan taip camtu:( (haha)

HAGIA SOPHIA



 CASTLE DOLMABAHCE PALACE

MAKANAN KHAS TURKI



KOPI TURKI

MANISAN KHAS TURKI

With kak Linda..


                                     SELAT BOSPHORUS









TAMAN TULIP


    kerja sampingan ku disana.. redah meng selfie! with (bebek)hakak2 turki yang sedang asyik berehlah..Kalau di sana bebek tu wanita atau comel!haa tapi.. di Indonesia jangan panggil wanita bebek pula ya!(bebek is itik)Amaran keras!risau kuali hinggap kepala..huhu:P


  SAHABAT MUSAFIR ISTANBUL,MADINAH-MAKKAH

ABANG ALI  TURKI
tourist guide sepanjang di isanbul..baik,penyabar dan sangat tidak boleh membantah dia..
telinga dia sensitif!..sebab beliau sangatlah faham dan pandai bahasa malay,indo!:D




 selfie..permandangan dari atas Istanbul..sejukk tapi muke haruslah kental relax..


                                           Ramada Inn Istanbul.. for 3days..alhamdulillah


                     With mamainlaw.. member paling rapat ku.tempat aku menggile, nangis,ketawa,
                               mengusik and bla..bla.. kalau cerita memang tidak akan noktah nya..
                                                              huhu thankz mama! love you! 
           (dia mana pandai bukak blog nih, jadi nanti bolehlah kite mengumpat kebaikan beliau hehe)


   Kebetulan time datang ni betul2 time musim bunga..
so terasa lah mem bunga kan diri sendiri di taman Turki..
 *muke ku xleh blah, memek muka cover ayu ..
(diri sendiri yang tengok pun rasa geli hoho)

     Santai.. seorang ibu with her only son.. :')



Alahai..sorry dek(baju hitam) betul2 xperasan kamoo... xmo sedihh..huhuh tengok gambar balik baru perasan dia xmasuk..huhu(T__T)

ok..sebenarnya nak cerite digambar ni ku diapit oleh twin turki..




                                             TOPKAPI PALACE ISTANBUL
          Muzium.. kat sini lah tersimpan barang2 antik sejarah..janggut Baginda Nabi kita pon ade..
                              juga koleksi2 mewah di zaman kesultanan ustmaniyah..

                                         GRAND BAZAAR 

SPICE BAZAAR







ISTANBUL BERJAYA MENCURI HATIKU..
actually..Istanbul akan mencuri hati sesiapa sahaja yang kesana..tempat sejarah Islam yang masih kukuh dan megah..Empayar  yang pernah terbangun pasti  membuat sesiapa pun  mengkagumi nya..termasuk lah sejarah Istanbul yang pernah saya bentangkan di entry yang lalu.." sejarah-istanbul-aku-datang "

ok berbalik semula pada entry kali ni..kemain tajuk nak gempak huhu.. setakat hati manusia kerdil ni sape lah yang hairan..yang patut dihairan kan ialah! (kenapa hati kita masih tak cantik?!) kenapakah istanbul begitu awesome?! kenapa cantik yang teramat! disetiap sudut! dan pojok! uhuks! indah! huwaaa! insyaAllah! akan pasti kembali lagi! *over tau sampai noktah diganti dengan tanda seru je semua..hee:'P
credit to photographer: DhaniRamadhan 

InsyaAllah..gambar yang lain akan menyusul..
sekian tulisan cakar ayam dari saya..
segala yang baik dari Tuhan,yang lemah dan salah(harap ditegur)saya..
daaa~

ME . SELUDUP . UJIBAKAT . 2014

$
0
0
Assalamualaikom!! 
kom ape?? kombat.bat ape?batman.man ape?mantol.tol ape?tolak.lak ape.laksa.sa ape..satu tu ape tunang..nang ape nangka .. ka ape kayu.. u ape.. ??? U ape??

U.. MESTI TUNGGU INI PUNYA CERITA LAR!manyak gempak!

Astro Prima dan Maya akan menayangkan Drama Siri TV , SELUDUP.., Antara pelakonya ialah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah Zak, Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip



Drama aksi yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai ini mendalami isu perdagangan haram barangan seludup di negara ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin, yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd. 
terilhamnya dari kehidupan realiti kita..mari kita saksikan dan mengambil pengajaran..

mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. 


Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – 

"seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.."



                                      SELUDUP ni adalah arahan Jehan Miskin


******************************



YANG LEBIH MENARIKNYA TENTANG SELUDUP NIH

memberi peluang pada anda yang bace nih.. atau mungkin abang , kakak, korang untuk ikut sama berlakon didalam dramanya..atuk , nenek? huhu pom xde masalah..asalkan memang minat dan ada bakat..tapi.. Ha! bagaimana??


Yang lulus! malah memenangi RM 15,000 ! 
banyak sangat tu..kalau setakat bermodalkan casting online free..just hafal skrip pendek yang disediakan..record.send.share.and like! takyahla terkebil2 lagi.. boleh cubaaa

Cara-cara untuk join ujibakat drama seludup


ya.. tidak perlu fikir panjang2 naik teksi ke.. kereta ke.. unta ke..untuk kesana.. kerna semua nya boleh diundi. dihantar penyertaan ujibakat dengan online!

ermmm..alaa..malu..memandangkan ini sebuah cabaran dari saya sebagai seorang blogger..
saya sahut cabaran..cabaran ape..

malu nak cerita! (haha..)
 yaAllah kuatkan lah aku tuk sampaikan amanah ini.. :P

OK.Dengan ini saya menyatakan.. saya pun join ujibakat jugakk!(mane bantal??nak nyorukk)
 huhu.. yelaa mungkin dengan cara ni dapat menarik minat korang.kawan2 kusayang untuk sertai..so jangan malu2..kite geng ok..





ehem! see..

*psstt..taik lalat handmade saya memang comel disitu:'D 
dalam tu saya lakonkan watak student kolej.memang tingtong habis.lek tersedak biji durian kalo tengok.lawak^^'
k,untuk melihat ujibakat saya dan kawan2 #kbba saya.. boleh layari SINI(click)
kalau jumpa saya punya like and share la jugak tau uhuks ^^"



Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari :

Facebook :

Instagram :



k daaa.. maaf zahir batin.. 

PERASAAN . RAMADHAN . KENYATAAN

$
0
0
B i s m i l l a h . .




Serius Ramadhan kali ni amat bermakna..
ada saja rezki yang diterima..
nak kate hebat ibadah.. jauh sekali..malah Alquran tersimpan rapi
entah kenape perasaan sedih tu datang bertubi2..
ya..mungkin dosa yang terlalu bertumpuk..membuatkan kita sendiri rasa lemah nak baiki diri..

Sedih Ramadhan dah nak pergi..diganti lebaran Aidilfitri..
malu..bimbang..pelik..
malu amalan tak seberapa.. kita fikirnya lebih ke makan sahaja..
Bimbang..fikirkan baju  raya hebat yang mana..
Pelik..kerna Ramadhan berlalu cepat dari biasanya..sedangkan hati kita makin gembira,tapi makin jiwa gersang..hati selalu tak tenang.
sukar fahami sendiri..kenapa perasaan mesti begini..
Sungguh menyedihkan..
sungguh ruhani pasti jauh dari Tuhan..
Aduh..
Tuhan...

Jauh sekali kita dengan ahli syurgawi..
 teriakan hati para pencinta Tuhan,para Nabi2 dan hamba sejati..
yang sedikit pun tak lekang dari cemas dan bimbang..
berpeluangkah bertemu Ramadhan akan datang..

Adakah Tuhan pandang..?
Apakah Tuhan sayang...??

********************************

Hati,
kau kan tahu Tuhan mencipta seluruh isi bumi..cubalah merendah diri..
setiap jam dan detik , ada yang lahir..datang.. ada yang mati..dan pergi.. 
Jangan cuma rasa bersalah tapi tak nak ambil sikap berubah..
Mesti hati nak tunggu ajal menanti baru nak mintak taubat setaubatnya dari Sang Ilahi..
mentang2lah Tuhan maha mengasihani..
Jangan begitu hati..
Bangunlah..sekali pun xpandai berdiri .. mesti pandaikan merangkak..
Jangan hanya reti mendongak melihat orang lain hanya untuk memupuk diri sekadar jadi pemberontak..

Hati.. 
kamu belum terlambat menjadi paling terbaik di mata Nabi.. 
dimata Sang Maha semesta isi langit dan bumi..

Oh hati..



Diary Merah Jambu.26 Ramadhan
8:50am.Teratak kediaman suami.Jakarta,Indonesia.








***********************


apa erti nya Ramadhan..
apa lah pula erti nya Lebaran Aidilfitri..

Marilah sama2 kita selami,mendalami..pelajari..
daripada terus berteka teki..agar jauh dari sifat keji lebih2 lagi perkara yang Tuhan benci..murkai..

SELAMAT RAMADHAN DAN LEBARAN 2014
AMPUN MAAF DARI SAYA

jika ada mana2 terluka bagitahu..jangan diamkan saja..sedih kite tau huwaaa
k balik raya tu hati2 tau . takmo gaduh2 laki bini pasal balik je pong huhu
k cenyum!:')


daaa~

TERUJA.PEMENANG.SELUDUP

$
0
0
Bismillah~
MASIH INGATKAH dengan Posting saya yang lalu..

*berasap... flashback*


















"eh..eh.. apeni.. usha2 kain oghang..taula buruk.pleasee jaga tepi kain sendiri"

Ops! salah flashback :D



*************************

Jeng~ Jeng~ Kejenjeng~ 



MASIH INGAT?click:UJIBAKAT SELUDUP ! haa  keputusan sudah pong selamat keluar ! uwekk.. uwekk.. terlahir lah sudah pelakon baru dibawah arahan jehan Miskin..

semua keputusan muktamad sudah dibuat
50 hasil dari like terbanyak dan 50 dari para juri.. ^^



Peserta yang menang, Mohd Andika  yang merupakan pekerja restoran berkata:

“Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.”
Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

masih Tak percaya?  boleh terus anda layari saja ‘Seludup’ 

 INFO:
  • Pencarian bakat baru drama ‘Seludup’ telahpun berakhir dengan pengumuman dua pemenang peraduan #masukdramaseludup yang dibuat hari ini.  Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telahpun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.
  • Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.
  • Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
  • Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pngkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my
 




                    
 Peserta yang kalah, merampas mic..sibuk nak berkata2 jugee:
"Best sangat! merasa berpengalaman baru. Dan direzkikan punya ramai kenalan dari para peserta dan blogger yang terlibat..yang lagi best tetibe terjumpe jehan miskin tau.tetibe dia kata Tahniahh anda pong menang.pelik!pastu dia kate..awak esok leh start berlakon jadi bibik lima puloh sen!haha uhuks! tersedak biji durian.terujew~ Tapi.. Sedey! ternyata itu cuma mainan mimpi yang tak nyata"
haha:P
buat peserta yang tidak berjaya.tak perlu lah putus asa dan sedih.
boleh cuba lagi okay!
adatlah ada yang menang ada yang kalah..

ada yang men jeling.. ada yang men juling :P
haa gituw~

hehe

ok.. jumpe lagi. daa~ kesian tima kasey
yang baik dari Allah.. yang buruk dari kelemahan saya..:)





        

CABARAN BLOGGER HARI PERTAMA

$
0
0
 Saya..dengan ini Erra Kyramenyahut cabaran blogger 30 entry selama 30 hari ! thankz Abang Ben & kaksue.
 [click]Segmen ini khas dibawa oleh blog Kak Suizza 

 
1: Gambar terbaru
2: Lima fakta tentang diri sendiri



 jangan muntah ye ini lima Fakta tentang saya..InsyaAllahh hee^^














fakta 1 .. Trust Allah. 
yakin Dia je yang boleh bantu !
sejauh apa kaki melangkah..
sejauh mana perasaan resah..
bila letak segala kepercayaan pada Dia..
serta merta hati melega ..


Fakta 2 .. Love art.
pencinta seni !
seni itu menghiburkan..
ntah..
gembira apa apa sahaja yang berkaitan dengan nya..
terlalu banyak.. 
tinggal berhati-hati pilih dan menghayatinya.. 


Fakta 3 .. Positive thinking
suka bermain hujan !
sehebat apa tangisan..
biar lah sesulit apa pun jalan..
belajar bersangka baik & bersabar dengan ujian..
walaupun payah tapi itu saja kita punya pilihan
untuk menuju kebahagiaan.. 
dan kegembiraan..


Fakta 4.. Listen Pink. 
suka benda apa je tentang (fushia,fanta)pink !
pink bukan sebarang pink..aku suka pink tua je..
disebalik warna..
aku dapat rasakan ada auranya..
energy postive tak kira masa.. 
seakan dia terus menerus bisik berkata-kata..
just smile and be happy ya! :))



Fakta 5.. Travel on.
suka (move on)berjalan !
hidup ini bukan hanya untuk menua.
bukan untuk santai semata..
semua ada matlamatnya..
cuba bersedia selalu untuk berjalan dalam hidup 
dengan sebaik-baik bekalan dan makna..
harap kita sama-sama tak mudah alpa dan leka.. 
kerana perjalanan kita masih jauh..
hingga sampai akhirat sana..





*******



haha dah macam pantun pulak kan entry kali ni..^^
berasap je kepala korang baca..huhu sorry la ye..
ni nama nya tengah terlebih ngengada nak tambah kerja.
k daa... yang baik dari Allah yg buruk dari diri sy sendiri..



Thankz for reading and leave your comment..May Allah bless us :)







CABARAN HARI KEDUA: 5 CARA MEMENANGI HATI . ERRA KYRA

$
0
0


Bismillah..
Sahut #cabaran30hari jomm! harini hari yang kedua.. dengan tajuk.

5 Cara Memenangi hati! ewahhh~ berdebar-debar kann 

jomm layann.. ops! kejap.. Tapi sebelum tu nak cakap..  sekiranya ada perkara yang jelek dibawah tetibe sentap ke.. sorry.memang tak niat nak tuju pada sesiapa..

secara umum nya.. apa yang saya tulis.. sudah fitrah seorang manusia biasa . suka akan kebaikan dan tak suka akan keburukan.. Jadi,kiranya ini tips memikat mak ke.. kakak ke.. abam-abam ke.. sesape je la boleh . huhu okay jom baca !


1. KAMU YANG PERAMAH / MESRA
 TAK SOMBONG BAJET HOT  
 Eh nak hot-hot pergi main api sana :P 
pernah jumpa orang yang sudah berjaya.Dia sangat ramah pastu tak kedekut ilmu pula..bagus betul huhu..memang win la dihati^^ 


       2. KAMU YANG PANDAI MELAWAK / BERGURAU
tapi kene pada tempat la ye.. kalau sampai kentut kat muka orang tu tak lawak oke. tu tak beradab namanya hee marah ni marah haha tetibe emo

 3.KAMU YANG SUKA MEMUJUK  DAN PELUK:D
setakat ni Allah lah paling terer pujuk.. dengan pelbagai rezki , nikmat dan rahmat yang tak terbilang.. disetiap saat dan waktu.. cuma tanpa disedari kita je yang tak pandai bersyukur.. suka mengeluh dan mengungkit beban..


         4.  KAMU BUAT SURPRISE! KEJUTAN
Tapi ! okay ada tapi ya.. baca elok-elok.. kalau kejutan nya setakat lipas ! memang tu nak bagi guwe mati cepat.. bukan mati sebab terkejut tapi mungkin mati sebab menahan sakit hati haha


5.KAMU AKUI KESALAHAN/ JUJUR MINTAMAAF
Part nih macam nampak senang tapi realitinya bila saat tibanya ego menguasai diri.. haa susah benar berat payau.. takmo ya hadek2 abam2.. tak elok untuk kesihatan.nasihat ini ikhlas untuk kita bersama:P


"Kita selalu berharap orang memenangi hati kita tapi kita selalu lupa.. kita sendiri yang selalu mengkalahkan diri dan hati gara-gara ikutkan kehendak nafsu yang Tuhan tak redhai"


************************


papepong credit to Spongebobkerana sudi menjadi model saya pada harini huhu:)
Sesungguhnya yang baik dari Allah . yang buruk dari kelemahan diri saya.
TQ for reading and leave ur comment!:)



CABARAN 30HARI BLOGGER HARI KETIGA: SESUATU YANG MENGUATKAN AKU

$
0
0
GEDEBUK!
terlanggar dinding kaca..
 "Adoiii! haish..macam takde tempat lain ke nak buatt"
bisik hati sambil menahan geram dan malu
"huh xpee sikit je ni..mungkin ni cara Tuhan mahu menegur salah dimana-mana yang tak kena"
kembali tenang cuba muhasabah diri..

Sudahlah ditimpa masalah.. 


tiba-tiba.. ada pulak makcik yang ntah datang dari mana .. meroyan.. marah-marah pulak.. 
 padahal tak sengaja terlanggar berselisih bahu"
grr emosi sedikit terpancing..

"eeerk jalan lihat depan la jangan main hp.." kepit suara mengajuk-ajuk perlahan sendiri..

sabar..

tak mungkin nak membela diri kalau memang dah salah..

buka handphone..

"dahla sudahlaa.."

pulang..

sedia makan malam.. 

masak nasi..

okay..sediakan cekodok dulu..

tetengah tumis bawang .. lampu mati! 

"sudah..buat hal lagi.."bisik hati sambil berkerut dahi

nasi separuh matang terpaksa tanak nasi secara manual..

malam semakin larut..

nyamuk sibuk main tingting diihujung telinga..

beberapa kali menampar pipi sendiri..

"yaAllahh.. nyamukk jangan begini la.." mengeluh kesal..

bukak sms.. ada pulak yang perli-perli bagai.. gara-gara upload gambar cekodok..
pelik menyinggah fikiran..
takkan nak kejar famous hanya dengan posting cekodok semata.. 
 terasa pulak dah jiwa nih.. 

"tak baik buruk sangka,jangan di layan.." 
kata-kata nasihat teman terngiang seakan meminta hati tenang..

bangun..

basuh muka..

bentang sejadah..

dapat pula panggilan .. kehilangan yang tersayang..

menyirap badan terus sentap.. dari badan tak berdaya terus menjadi longlai.. 
 
dari terkelu menjadi membisu..
 
hati luluh.. 

sebak.. datang deraian air mata bertalu-talu..

terus merasa diri tak berguna.. 

merindu.. 

menyesal..

lemah.. 


buka lagu..

-himpunan diatas berdasarkan pengalaman-


Begini lah kehidupan...

ada jatuh dan bangun nya..

kalau kita tiada kekuatan.. kita mungkin terhenti disegenap ujian yang kita jalan..

masalah kecil jadi besar..

masalah besar menjadi parah..

pabila jiwa tidak dikuasi iman.

iman dibina atas dasar kekuatan..

 Darimana datang nya kekuatan ..?

bagaimana..

dimana..?

SMARTPHONE . MUZIK . SEJADAH

kenapa smartphone? 
kerana suara ibu bapa , keluarga , kawan kita ada disana.. 
mereka lah penguat kita..
segala kata-kata nasihat dan madah mudah pula tinggal diclick saja..

kenapa Muzik? 
kerana latunan suara dan alunan yang bermain 
menjadi halwa gegendang telinga yang seperti menyeru.. kembali kepada Tuhan.. Kembali pada yang hakikat.. 
bahkan pelbagai kekuatan aura lagi bisa diambil dari nya..

 tinggal terserah hati kita..
samaada mengembalikan kekuatan nya dari segi apa..
kerjaya. cinta. rindu. semangat. sayang. inspirasi. benci. gembira.


SEJADAH??

 tersenyum.. 

jangan di tanya kalau belum pernah mencuba..

menangis dan meminta lah yang sesungguhnya..

kunci dah ada..

kekuatan positive itu hak Tuhan..

memberi pada siapa sahaja..

kita cuma mampu ikhtiar dan berusaha..

bila sombong.. mahu bersujud pun payah..

jangan bersangka pelik..

jika kekuatan negatif berlegar menguasai hati.diri dan sekeliling hidup semata..

boleh jadi. sehingga dibawa mati..

Allah.. 

Allah...

moga bukan kita tergolong dalam manusia yang sia-sia..



"Sudah tentulah ujian tanda kasih sayang Tuhan..nikmati dan jalani dengan kalimah Alhamdulillah.."


***********


CABARAN 30 HARI BLOGGER pada hari ketiga ini..
 ilham , idea entry datang dari Tuhan melalui saya mendengar lagu.. 
*All of me,John & Wake me up, Avici
xsuka sangat pun tetibe layan .. huhu nak cari inspirasi punya pasal.. ikhtiar,gigih sungguh nih huhu

sekian.. yang baik dari Tuhan..yang buruk datang dari kelemahan diri saya..

Memo kirim salam and dia katew : Thankz for reading and leave ur comment.. :)







CABARAN 30 HARI.HARI KE4: BUKU KEGEMARAN ANDA

$
0
0
Kenyit mata sikit!(^___~) yeahh! Salamm sayang pembaca setia lagi dirahmati Allah .

Jangan risau .

saya tidak ingin berceramah atau berpidato..

cuma ingin melancarkan apa yang tajuk diatas nak ! huh.

tolong tampar pipi saya sampai pinky winkyy..
 Adakah saya sedang bermimpi??

Saya update dah berturut2 setiap hari..haha gara-gara Cabaran Blogger 30 hari ni.haa! kejap.. siapa-siapa yang ada kata APATU? sila click


Di Taska Khairaa, pada tahun tak ingat..
Erra Kyra berjaya memasuki fasa rabun boleh dikatakan ini semua salah DORAEMON & THE GENG!
tengah sesedap abang2 berdengkur.. time tu lah kita yang baru terer membaca merangkak pelan-pelan duk tepi pintu berlampukan remang-remang cahaya dari bilik air
 (izinkan saya ketawa..haha) malu gila bila teringat.. 
kenapa bukan siang??
persoalan ini pula haruslah ditujukan kepada abang ngah saya yang sangat cermat dan hemat orang nya.. punya lah "pemurah" taknak kasi koleksi buku doraemon nya rosak dan hilang..jadi sape nak baca kene bayar haha.. agak kejam disitu.. tapi hakikat nya guwe lagi kejam.. memang betul pon.. lepas baca main campak haaa padan la muka.. xdapat baca free.. 
sedey.. dahlah kite comot, pastu buat muka murung muncung disiang hari.. buruk terus :D

nakal sikit..nama pon masih darjah satu..dua.. huhu



Tapi bila dah besar.. guna kan segala otak imaginasi kartun yang ada dalam kepala tolong umey tuk hias taska dan tadika nya.. yang pelik nya bukan sekolah je makin cun.. umey pong makin cun! dah kenapa.. haha miss you lah umey..*sedey linduu* :'(

-tengah kemas.. haritu jumpa lukisan ni.. dah lama lukisan saya nih.tersimpan rapi dalam file.lukisan yang berjaya diselamatkan.. :')

 NOVEL.. suka jugak .. tapi..

 tak tahu lah ciri-ciri gaya saya ni termasuk dalam kegemaran ke tak..

Saya..

kalau baru bukak muka surat yang ketiga dah menguap.. masuk muka surat ke 7 dah tido mati.. haha... serius ni xtipuk.

 jadi.. kesudahan nya.. takde lagi novel dalam kepala
semua takde yang berjaya memikat saya sampai habis baca.. :P


-watak eva tu saya suka sangat.. sampai keluar je adik gegirl satu2 nya terus panggil eva jugak:P-

 BUKU KEGEMARAN : KOMIK !  bila dah selidik.. memang otak saya cuma boleh hadam unsur-unsur macam ni.. lawak.. santai.. dramatis.. pastu reality.. maksudnya tak delah komik yang merapu jiwang bagai..macam tipu tak logik sangat. saya xsuka cerita yang tak masuk akal..

(sebelum korang bertanya atau keliru..yang dimaksudkan nnanti ni bukan BEN Ashaari ya!:P)

Karya Ben nih saya suka sangat Fatal Choas.. yang le gardenia dan apetah lagi yang macam terlalu nak sweet tu.. kurang suka.. tapi lukisan dia memang tetaplah tiptop.. suka sangat!:))


-ihsan google..comel!sapelah yang berjaya buat ni..tabik lah.. huhu terus teringat kisah silam..-


 CITA-CITA ISLAM..PAHANG.

pernah duduk asrama dulu.. disebabkan terlalu obses dengan ke"CUTE"an anime.. lukisan.. jadi saya telah diberi semangat oleh Arwah Ustaz Zainol Tanjung Gemar menghasilkan karya sendiri berbentuk anime islamik.. 

Syukran buat beliau , seorang yang berbakat dalam dunia seni.. suka senyum.. baik gila.. :'(

alkisahnya..
sayangn.. hasil-hasil saya tu dah dicuri atau hilang dengan sendiri nya 
saya pun tak pasti..

sedih dan kecewa yang teruk ketika tu 
membuatkan semangat melukispun makin hambar..tukar sekolah terus kene kerja dengan umey..





-ihsan google..berapa banyak episod ntah dah keluar..duk jakarta dah xtahu kesudahan nya huhu..-

KARYA ZINT :) favourite juga nih.. lucu..
kreatif sungguh jalan cerita. tak pernah buat saya bosan..
huhu sampai kan.. duit raya habis kene korek sebab nak beli koleksi ni..


Sejak pindah randah.. 

tak tahu apa cerita buku2 tu.. 

saya syak dah kene buang..:'D




buku kegemaran di Jakarta..

Allah.. segan..dari komik beralih ke buku motivasi.. huhu

kan saya dah kata.. apa je buku yang rancak, santai, lucu dan menarik jalan cerita nya pasti saya baca.. 

bagi saya ini buku motivasi yang hebat! selain karya Arwah Datuk ku..

 kadang2..saya rasa macam rasa saya ni Luna maya pon ada..*matejuling tangan kat bahu*
sebab buku indonesia pon saya boleh kusyuk baca..

terus terang . sebab kan dah duduk jakarta.. banyak mufradat dah faham.. cuma nak sebut ngan lisan je masih payah hehe..

TQ ya mas Ippho Santoso..KArya anda sangat bermanfaat untuk saya..suka dengan cara penyampaian nya..sempoi gila.. tersengih-sengih baca.. kadang-kadang ayat nya pun kasi sentap dalam gurau2 pun.. 

Alhamdulillah..


dah tak sedar dah banyak mengomel..sebelum korang makin meluat dengan penulisan saya..saya ingin katakan.. sampai jumpa lagi esok! pleasee jangan jemu ya.. :'D

sebarang teguran boleh ke LINE saya ya.. Fb, twitter atau instagram.

@ erra kyra .(sempat promot!)

k,daaaaa~

***********************************

end..


Syukran kerana sudi luangkan masa baca dan tinggalkan komen:)
ampun maaf yang baik sesungguhnya dari Tuhan...yang jelek datangnya dari kelemahan saya sendiri..



CABARAN 30HARI.HARI KE5: SAMPAIKAN 3 PERKARA PADA EX BF

$
0
0



EX BF..

ialah bermaksud Bekas kekasih .

Jadi..

saya sedang bingung sekarang..

saya harus tulis apa??

jujur .. sedangkan bekas tupperware pon tak pernah saya punya. inikan pula bekas pakwe..

haha.. gila . bunyik nya seperti riyak sekali ya kamuu erra kyra.. erk =__='

terus terang. huhu

Cinta tu pernah lah Tuhan kasi pinjam..

tapi..

takde lah sampai sempat berlakunya tittle pakwe makwe..

Cinta tu cuma dihati.. macam berdebar je selalu kalau terserempak..ha gituu .. haha drama sangat! *muntah* grr

itu semua pun berlaku sekelip mata..

dengan suami yang ada ni pun.. jenuh nak kenal baru dapat datang..
 sayang menyayang~ saling percaya~ haa.. sambungg
 *lagu jamal abdillah:P*




Alhamdulillah lah kann.. huhu..

Semuanya kami berjaya jalani dengan indah dan mudah walaupun senarnya rumit pada awal dijodohkan nye hee.. berkat doa tak putus dari umey dan ayah.. juga mama(mak mysomi).. :')

JAdi.. berbalik kepada tajuk diatas..

terpaksa lah saya reka-reka kali ini..

 bagi memenuhi syarat tajuk yang diberi ... ^^ 




 Bismillah..
kehadapan Bekas Cinte hati..  
pertama-tama nya ingin saya sampaikan disini..
sesungguh nya sayang tu masih ada cuma cukup saya luahkan dalam doa..
apa yang kamu buat ..semuanya dari jauh saya selalu tertanya-tanya.. 
kamu sedang buat apa.. dengan siapa..dah makan ke..kene buli ke..harap kamu terus dalam bimbingan rahmat dan kasih sayang Tuhan..


Bekas cinte hati.. 
kedua..
walaupun pertolongan mu selama ini nampak macam bersahaja.. 
dan setiap teguran seperti hembusan dedaunan yang melayang..(gile gempak jiwang..haha:'D) 
Tapi..bagiku itu semua bermakna buat aku..dalam diam! 
selalu kebaikan mu ada disetiap ingatan ku.. 
disetiap penjuru waktu yang berjalan..
Walaupun cinta tak mesti memiliki.. tapi aku yakin andai kata memang hati kamu pernah wujud untuk aku selama kita kenal ini.. moga kita ditemukan lagi di syurga Dia yang abadi..

 

Bekas Cinte..
ketiga..untuk penutup kata..
 syukran atas perasaan cinta..
aku belajar banyak hikmah dan pengajaran dari nya..
semenjak perasaan itu hadir..
terima kasih juga sebab menghilangkan diri tanpa sedikit berita .. seolah macam kita tak pernah jumpa..! sekurang-kurangnya.. semua ini tak pernah ada sia-sia..malah buat sama sama semakin faham dan matang..
Cinta makhluk penuh khilaf bila-bila masa bisa didusta..
payah juga untuk setia.. 
selamat jalan bekas cinte..
sila ambil selipar kamu yang tertinggal
dan teruskanlah lebih jauhhh berjalan!
 aku redha. kamu pergi..



********************

wah haaaa touching lah tu! :'P

EX SAYA ituu adalahh jeng jengg~ my dolly bunny! :(( hehe hilang kemana ntah kamu! tak setia sungguh!!! geram i!!:P
kekecik dulu.. Dolly bunny ialah patung kale kuning lembut umey hadiahkan.. lama dengan saya sampai 7tahun tak silap..huhu..dia lah baby..dia anak murid.dan dia lah juga pesakit saya kalau saya jadi konon2 doktor..:D
(mungkin dia marah dan lari sebab saya conteng marker pen biru kat dahi dia)

hmm.. sedey betoi..tragis sungguh kan;'D

habis lahh kalau suami guwe salah faham bacaa.. huwaaaa kene rotan

ampun mass.. cinta kita pong insyaAllah sampai syurga .. ^^

i love you muchii muchii Encik Dany... kita bercanda dowang tau.. tau.. <3 :D

Jangan risaulah..

hati saya tetap untuk kamu.. cuba setia dan bahagiakan untuk kamu selalu..
walaupun kamu kawen sepolo, lupew saya.. ha ha h.. =__= okay serius tak lawak.




"Cinta pada benda, benda akan musnah..Cinta pada bunga, bunga akan layu..Cinta pada manusia, manusia akan mati.. TAPI.. Cinta pada ALLAH, Cinta yang kekal hakiki" -Asz



oklah .. sampai sini kita jumpa.. moga kita ketemu lagi di hari yang akan datang..

#CABARAN30HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI

entry just for fun . semoga terhibur..:')
 terus support saya ya! biar saya rajin menaip..
kalau dah rajin.. jari bengkak pon jari rasa mashmallow jee..huhu

sebelum lebih jauh merapu.. Maaf kalau ada terguris hati atau dah buat kamu nangis..
Sesungguh nya yang baik datang dari Allah.. yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri..


TQ for "gratis baca" and leave your "gratis komen" ... :)


Jom layan.. :)
_Dibius cinta , Melly Goeslaw&yusry
_Tuhan Cinta Agung , Qathrunada



CABARAN 30 HARI : MAKAN APA HARI NI ? !

$
0
0

 harini..MAKAN MAKANAN YANG HALAL .. 
 macam hari-hari biasa nya..

Cuma..sedikit tak berapa sihat..





Makan ubat sakit kepala.. 
Jarang dah Magrin sejak kawen ni.. 
tapi kali ni dia datang balik dah..
pelik kan!:((

btw.. malam saya dah sihat sikit..
Jadi sempat lah  saya masakkan macam biasa untuk my Hero
 (hero dalam menghalau lipaslah huhu)

siann.. kena MAKAN NASI GORENG MASAKAN ORANG SAKIT huhu.. tapi nasib baik katanya sedap..membuatkan sakit-sakit badan bertambah sihat sikit .. ceh. huhu 
kebetulan ada kawan dia datang.. so masak lah lebih..
biasanya dia dua kali makan malam..huhu alhamdulillah makan makin berselera sejak dia berusaha untuk hidup cara sihat.. hemm.. sejakk semangat nak jadi ayah kot hee



 -memo menyebok.. dan2 je mata jadi hijau kene flash camera mama nyer!^^ harini mood memo asyik nak berkepit je.. macam tetahu je mama dia sedang mood sedih huhu *pelok memo sampai bulu memo basah T__T

favourite saya kalau masuk di dapur jakarta ni .. nasi goreng kampung , nasi goreng ayam bawang , Kari , masak kurma , tomyam,nasi ayam dan nasi minyak lauk daging berempah /ayam merah..& menu wajib roti bakar. 
(paling suka part menghias hidangan huhu)

favourite him kalau tengah rajin mood nak masuk dapur lak.. Dia suka masak telur omelette special ala hotel 5 star! tapi saya selalu kasi 10 star biar dia feeling2 berada di awangan menara eiffel huhu.. selain dari tu.. dia suka masak murtabak manis. dan nasi goreng ^^



k daa~ 
sekian cabaran saya pada hari di hari ke 6! 
#cabaran30hariblogger #kelabbloggerbenashaari

Sesungguhnya yang baik dari Tuhan.. yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.



Terima kasih sudi baca bebelan saye dan tinggalkan komen:) 



SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIANKU SEORANG BLOGGER

$
0
0


 A S S A L A M U A L A I K U M ! 

yeahhh!! sihat kita sudahh mariii.... so apa lagi.. kita pon layan blog selagi ada masa dan waktu yang terluang . 
tetapi ! haa kita layankan dulu segmen dari sifu blogger kite.. 



S A L A M   K E N A L   B L O G G E R !

*sorry blog hodoh. dalam proses membaiki..da cakap awal2 k:P

Saya Erra Kyra.. 
budak biasa yang bercita-cita jadi LuarViaseww.. 
hurm.. insyaAllah sama2 lah kite usahakan sempurna di mata Tuhan.. 
OKbai! saya bukan ustajah ! haha:P
saya blogger biasa yang jadikan blog sebagai medan peperangan idea,penulisan rojak antara dua negara (indomalay)..dan mood ter over happy dan sedey~  hee

SERIUS ! Kelebihan blog saya ialah banyak bermain dengan warna hitam pink (insyaAllah akan datang Vlog&tutorial) dan tentulah penuh dengan kehidupan realiti seorang cewek yang bajet brutal walhal lonyeh kekadang ayu kemainn..  kang kate takde istimewa apa2 kang blog nih.. kene reject lak ngan a ben.. Syarat mesti ikut! baru lulus! grr..


Impian.. bila dah menjadi seorang blogger tentulah.. ingin menarik sebanyak2 mungkin kawan , kenalan , rakan bisnes dan "ulat buku" hurm! rasanya kan! Sekarang kita dah boleh panggil mereka ini " Ulat Internet" tau.. 
Hai ulat it.. :))

saya harap mereka tertarik bukan semata2 kerana gambar. juga tertarik dengan semua ilmu dan setiap cerita yang saya kongsikan.. InsyaAllah, semoga bisa memberi manfaat (pengajaran atau teladan)  motivasi dalam segenap kamus hidup mereka.. 
dan semoga blog ini juga menjadi medan salah satu karya yang dapat saya banggakan kelak, bekalan akhirat .. maaf kalau seandainya semalam,harini,esok..akan datang.. blog saya ni seakan2 terpesong dari impian saya ni.. mohon tegur saya..dan kasi semangat keh? camne setuju,boleh..? apa? nak no hp?? pulak dahh..boleh.. gi kat IG saya @erra kyra .. kite mesej dan saling kongsi nasihat..yang jantan nak merapu menggedik saya kick, Thankz yoo! daa~ 

segala yang baik dari Allah yang buruk kite bercandaa aje oke..shemel ples! :)
Tq for reading and leave ur comment..






CABARAN 30HARI:SURAT UNTUK SESEORANG

$
0
0


Kehadapan yang paling Mulia..
yang paling tahu isi suara surat ini..
hatta Allah yang maha Cinta.. juga menjadikan mu kekasihnya..
manusia yang paling tinggi derajat disisiNya..
manusia yang paling istimewa disetiap abad dan kurun..
manusia luarbiasa yang menjadi kegilaan ramai ahli abid dan sufi..

Terima kasih ajarkan kami..
apa itu islam.. apa itu iman..
walaupun hari demi hari iman bagai dirobek-robek 
tapi dengan sejarah dan aura kasih sayang mu yang dari jauh melihat kami..
membuat kami tidak putus asa dalam memupuknya kembali..

Seandainya ada kesilapanku dan generasi kami melukaikan hati mu..
kami memohon kemaafan..
jangan biarkan kami..dalam menghadapi dunia yang serba mewah dan payah..
kesalahan dan fitnah lelah ada dimana-mana..

ikatkanlah..
ikatkanlah hati kami dengan mu..

Jadikan kami sehebat sahabat-sahabat mu..
srikandi-srikandi dizaman mu..
air mata yang tidak pernah jemu mengalir kan untuk Tuhan dan rahmat Nya

seorang buta yahudi sahaja Engkau hormati..
musuh islam saja Engkau tidak buang, hina dan kejikan..
hebatnya akhlak mu.. idolaku..

kami sedar tidak layak dipandang..
kami dah terlajak jahat..hina.kejam terhadap diri sendiri..
mengecewakanmu..dengan pelbagai alasan kami,penuh tunggak janji kami..
menyambung memperjuangkan agama ini..

Masihkah kami diberi peluang bertemu mu.. mendapatkan cintamu.. 

ya Nabi Allah..

Tuhan.. berikanlah kami rindu dan kecintaan pada kekasihMu.. sedikit pun jadilah.. 
izinkan kami berpeluang atas syafaat dari nya kelak..

Ya Rasulullah..

 Tuhan.. 


                                                       -Memory Madinah,Makan Rasulullah 2014...
fav song.. T__T








syukran.. 
yang baik dari Allah ..
yang buruk dari kelemahan diri saya..mzb.



CABARAN 30HARI: AKU SEBUAH KASUT

$
0
0
saya sebuah kasut . 






Hai nama saya kasut Michelle Jackson..
saya ni termasuk dalam kategori kasut paling havoc! paling tip top.. cun melecun . paling gempak! paling istimewa ! pokok pangkal nya.. paling best dalam sejarah Tuan saya.. gila tak bangga guwe.. hehe

"TUAN AKU NI SUSAH NAK BELI KASUT. SELAGI TAK JUMPA YANG SELERA DIHATI.. SELAGI TULAH DIA TAKKAN KELUAR DUIT,BELI.. SAMPAI KAN 2TAHUN HARI RAYA DIA PAKAI KASUT YANG SAMA!"

Asal usul kejadian aku . aku sendiri tak perasan. tapi dengar kata aku dilahirkan jauhh dari Jakarta. itu pun aku tahu dari mbak yang jaga toko asyik2 kata.. " ini kasut import lohh.. " hari2 aku dengar  benda yang sama.. sebaik aku dilahirkan takde mulut.. kalau tak. dah lama mual2 pastu muntah darahh.. gila dasyat cari promosi sampai. guwe tekene tempias hujan yang bukan dari awan..

Guwe bukak2 mata sudah sampai jakarta.

aku istilah kan diri guwe jelah. sebab aku terer giler bahasa indon.. serius ni.aku tipu sikit. 

Dari jauh lagi aku macam ade contact hati..
macam saling berpandangan gitu..
bak kata tuan aku.. eh . guwe=__=
Dari mata turun ke hati.. kira nya macam kisah cinta pandang pertama la ney..

Dia usha pelik tau.. pastu dia kenyit2 kan mate pulak.. siap kibas2 bulu mate.. gile terancam guwe.. tergode iman. dahlah dia cute.tetibe buat camtu.. boleh gugur tapak kasut aku nih.

seminit.. dua minit.. setengah jam! 
gile lame dia belek-belek raba aku.. mula-mula aku suka lama-lama naik menyampah pulak aku..
"yelah.. kalau dah suka tu angkat jelah! beli jelah! gile kedekut sayang duit!kang orang lain beli aku kang!!"

alhamdulillah.. berkat dia sembahyang istirehat dulu (bukan istikharah hurm).. baru dia mai lagi bawak mama dia.. mak mertua dia latu.. dia boleh lak jadikan mama dia juru kaunseling dia.. gile takde pendirian ke minah ni..ragu kemain nak amek aku..sedih betul!

akhir nya mama dia setuju.. tapi kali ni dia betul2 ambil duit dan bayar pakai duit simpanan sendiri.. sebab kan sengaja mama dia taknak bayarkan.. tapi memang dari awal mama dia macam tak suka  aku.. aku perasan la.. asyik2 dia kutuk aku..bukan selera dia katanya.. depan2 aku lak tu.. gile sentap aku tau.. sebaik dia asyik2 bela..back up aku. dan yakinkan mama dia.. aku adalah yang terbaik dimata dia..terharu wei..huhu.. rasa macam nak buat-buat pengsan kat situ jugak!

akhirnya..

**ceteka ending nya camne**

=__= tak sempat aku dia pakai.. tak sempat nak bahagia2..tiba-tiba..

6bulan dia kene duk Malaysia..gara2 visa dia mati dan blacklist nama sebab ter over stay ! haha gile betul tuan aku nih ! dan ofkos lah kami saling merindui..

pastu..lebih tragis lagi.. Tuan aku lama tak ketemu suami dia. dia pong meroyan sedih galau dan buntu.. akhirnya nak sambung belajar luar negara..
6bulan berlalu dengan cepat.. aku dibawa oleh mama untuk ditemukan dengan tuan aku.serta laptop pink kesayangan dan berbagasi baju lain nya.. tapi surat nikah aku tak pasti lah mama dia angkut sekali ke tak..

tapi pelik! haha lepas dia jumpe suami dia.. elok je macam takde ape belaku selama 6bulan tu ehehe.. memang tuan aku pemaaf orang nye.. cepat kesian.. grr kadang-kadang sebel jugak dengan tuan aku ni . tak faham sebenarnya dia nak ape..

akhirnya tuan aku pulang jakarta dengan suami nya..

AKU??

ditinggalkan sebab muatan flight dah penuh!! gileeeeee sweet2 dan rindu2 bagai..akhir nya camni je ending..?
ternyata tuan aku lebih pandang suami dia dari pandang aku.. huwaaaaa!!!!! sangkaan aku meleset.. ingatkan dia dah paling cinta akuu.. huwwaaaa!! huhuhu.. sekarang dah masuk 7bulan tuan aku dijakarta.. manakala aku masih di Malaysia.. hari-hari rindu tuan aku tu.. tapi dia rindu tak aku ya? dia pikir ke tak aku ye??sebak ni sebak.. aku tak tahu lah dah nak luah kat siapa.. sebaik ade CABARAN30HARI TAJUK NIH!

                              k..nah gambar lama aku selfie!(^___~)//





CABARAN 30HARI : QUOTE KEGEMARAN !

$
0
0


GOOD MORNING MY MASHMALLOW!
ASSALAMUALAIKUM ..

Saya insan biasa..
yang ada saat nya bangkit berdiri gagah.. 
adakala nya menyembah bumi..menikmati kekalahan..
walaupun begitu..
kekuatan dari Tuhan pasti saya sedia dalam bekalan
disaat kejatuhan..
siap untuk menjadi sebuah penawar..

bekalan kekuatan rapi disimpan..
kekuatan itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk..
selain ingatan , nasihat dari kekasihku Arwah datuk , Ayah , Umey .. Abang2 dan sahabat..
juga datang dari 
QUOTE

apa itu quote ? 

QUOTE ITU DALAM BAHASA INGGERIS BERERTI "MENGUTIP"

berasal dari mengutip pernyataan orang terkenal dan tokoh-tokoh terkenal , setiap bait-bait kata-kata nya menjadi sumber inspirasi dan motivasi..

 Walaupun begitu.. kita orang-orang biasa juga bisa menciptakan Quote..

seperti saya..
disaat saya kebuntuan idea , semangat dan jalan..

saya membaca semula segala pernyataan yang telah saya layarkan didunia maya (Twitter,Blog)
ya.. kata-kata saya sendiri juga salah satu cara memberi saya kuat semula..
hakikatnya..


"aku ingin segala yang baik dari lisanku bukan semata menjadi sebuah sorotan dan hiasan tapi menjadi sebuah kekuatan untuk aku lihat lagi dimasa depan"-twitter@errakyra




Walaupun mungkin terlihat kata-kata biasa.. 
tapi bagi saya ia sangat bermakna..


Tuhan pinjam kan saya sekejap.. lepas itu Tuhan ambil..
bila terasa hilang..Aku bangkit mengulang kaji nya semula.. 
lepas itu aku pasti aku akan menangis 
bukan kerana menanggung beban..
tapi kerana.. 
diberi peluang lagi oleh Tuhan belajar dan menebus kembali 
 segala kekhilafan dan keterlanjuran..


Terus terang banyak ilmu minda dan agama aku pelajari dari guruku..
Guru ku itu sendiri adalah seorang datuk(Jad)..
datuk kepada salah seorang cucunya , aku ..
..........
.....
aku tak tahu nak cakap apa lagi..

Dia bagaikan malaikat 
yang selalu ada diseluruh kehidupan aku..
 


kalaulah diizinkan berjumpa dengan nya kembali...
Aku harap beliau disyurga kenal aku..
dan dapat memeluk erat dia lagi.. 
seperti terakhir perpisahan dengan nya..
sebelum dia pergi dari dunia buat selama lamanya..

antara fav Quote dari Arwah Datuk..

"Jika di dalam sembahyang 
hati tidak terhubung dengan Allah, 
sudah pasti di luar sembahyang
lebih-lebih lagi payah"



 
  sampai disini coretan saya..
Sesungguhnya yang baik dari Tuhan.. yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.. ampun maaf zahir batin..
TQ for reading and leave ur comment.. May Allah bless us.. 

sumber : Twitter @errakyra 


CABARAN 30 HARI : TEMPAT INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI

$
0
0
Assalamualaikum..

wahhh bulann!!
*ohh bulann.. engan diriku lagi pabila.. lala~lala~*
eh nyanyi pulakk..
masa kekecik dulu.. tempat yang paling nak pergi ialah.. luar angkasawan..excited datang bukan nampaklori sampah atau lori paper lama je..
juga bila nampak bulan !setiap kali nampak bulan.. mata ikut je..teruja kemana kita pergi..bulan nak ikut saya..haha:'P

biasalah kekcik kan..
semua yang tak patut ditanya.. kita nak tanya..tak patut difikirkan kita fikir..

"bagaimanakah rupa diluar bumi?"

tapi bila dah besar.. sedarlah bahawa keinginan itu cukup sekadar penasaran..perasaan sekadar ingin tahu..



tempat yang paling teringin
  nak pergi..
ialah tempat-tempat yang unik..
unik disini ialah bermaksud.. pelik dari segi budaya , pemakaian , adat , musim ,sejarah dan keindahan semulajadi.. Subhanallah kalau dapat tengok depan mata mesti terkagum2 aku ni..

antara nya ialah.. 

India,harajukutokyo jepun , italy , andalusiaeropah , petraJordan ,britain , mesir ,switzerland,afrika 




hoii 

habislaaaaahhhaha rosak mata pembaca blog aku ni:D 










tengok gambar2 ni terus rasa macam real je dah berada kat sana kan..huhu

alhamdulillah mekah ,madinah sudah tercapai.. ada kisah disebalik aku sebelum berangkat kesana.. perasaan dekatrindu pasti wujud bilakita dah kesana..

BTW.. nak kasitaula.. Istanbul , turkey pon saya suka gilee T__T dapat pegi sekejap haritu pon dah cam oram gile..sume benda nak snap..sangatlah cantik..tu baru syurga dunia.. syurga yang nyata?? woaaa*pengsan*


coretan berakhir disini..jumpa lagi!daaa
Tq sudi baca dan komen;')



CABARAN 30HARI: RUMAH IMPIAN

$
0
0

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

 ^^ 

Rumah impian ku.. adalah rumah yang tak terlalu besar.. tapi tak juga terlalu kecil..
pendek kata rumah yang masih larat nak berjalan satu rumah , bersihkan sendiri kalau takde pembantu:P

rumah klasik , rumah kaca , rumah kayu ,kondo , apartment , flat , rumah banglo , rumah moden ,
 yang penting bagi saya design nya lain dari yang lain luar mahu pun yang dalam..dan saya sendiri nak deco nya! saya sukaa part ni^^

Rumah Impian , haruslah ada karpet dan tangga yang cantik! kalo boleh tangga beso kiri kanan hehe ni gara2 terpengaruh kekecik tengok cite hindustan mesti ada part dia shoot dalam rumah dia kan.. pastu tangga kemain cantik.. xpe xde lift.minat lagi tangga yang cantik.. takpon tangga yang pusing2 tu..  alahai nafsu..

Rumah impian haruslah ada kolam renang dalam rumah..sooo halalan! senang nak lepak ngan berbikini kan:P

Rumah impian , ada bulatan taman dan air mancur didepan pintu masuk nya ,binaan konsepnya tetap tak lari dari seni bina samaada klasik inggeris , arabian atau bollywood hee^^

Rumah impian.. lantai dan dindingnya marmar import dari turkey :P 
kalau ada , nak lantai yang dalam nya leh nampak ikan berenang-renang gituww wahaha dah macam terpengaruh ngan kisah ratu balqis.. :)

Rumah Impian .. lengkap ada suami dan anak2 yang ramaii :))

Rumah Impian.... mesti ada surau sendiri! , dan boleh berjemaah bersama . terutama solat subuh dan maghrib.. sayu dan sweet je kan :')




    Rumah Impian yang hakiki adalah .... 
segala amal di dunia , tanpa disedari itu menjadi pelaburan untuk bina aset di akhirat..Rumah Impian yang dinding2 nya indah diperbuat dari marmar syurga yang bercahaya segala pernak pernik rumahnya pula terbina dari kristal syurga..emas dan berlian..air dan makanan yang terhidang bila-bila masa..makanan yang sentiasa dikasi nikmat lazat..mata yang celik sentiasa dilihatkan yang indah-indah.. Allah..
 
ntah2 kalaulah semua kita bisa diperlihatkan
Tuhan rumah-rumah disyurga.. 
mungkin semua kita didunia ini dah wali kot..sikit pun dah tak terliur dengan
 nikmat dunia yang ade.. :'D


YA itu nama nya ujian kita , diperlihatkan dunia . tanpa dapat melihat syurga.. (T__T)'
murah nya syurga hanya dibayar dengan mujahadah didunia..huhu 
katakan pada diri  , "sabar ya hati.. sabar ya nafsu.."

 bahagia kan sungguh-sungguh orang lain.. maka Allah takkan jemu bahagiakan kita..di sana..





“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar.”Surah As-Saf ayat 10-12





 -Castle Dolma bahce . haritu masuk .bekas peninggalan kerajaan pembesar2 utsmaniyah Turki. Dah pun dibuka untuk pelawat pelancong .. gila cantik.. memang betul2 indah..besarrr..nama pun istana kan. setiap ruang besar camtu ada 45 buah tak silap.huh keindahannya paling win dihati. setiap ukiran tangan tu luarbiasa.. dari marmar atap nya sampai ke karpet , tangga , dinding , tembok.. dasyat! katenya pelbagai designer dari luar negara datang buatkan jugak. rumah besar camni buat asrama best! tak sunyii duk ramai2 syoklaaa



 -Rumah kaca minimalis . senang nak mengemas dan vacuum nih!cantikkan huhu.. simple je. sukaaaa



-Rumah kayu.. pun sukaaa natural alam sangat. kalau untuk cuti ngan keluarga sangat sesuai..sejukk.. sukaa






Alhamdulillah.. moga rumah impian kita semua tercapai wujud.. 
coretan berakhir sampai disini..
Yang baik dari Allah..yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri..wassalam..




SELAMAT JALAN SAHABAT,SEPUPU KU...

$
0
0

Mungkin..

yang tertarik untuk baca artikel , entry ini ialah dari kalangan sahabat dan keluarga terdekat nya..

tak pe..

itu pilihan pembaca yang tak boleh nak aku sewenang nya paksa..

kali ni bukan lagi cerita angan2 impian atau perkara yang menggembirakan.. walaupun hakikatnya.. mungkin berita kegembiraan disisi Arwah.. Orang yang disayangi memang cepat meninggalkan kita.. Orang yang disayangi Allah pasti akan diperlihara dari tinggal didunia yang penuh tipu dusta..Orang yang Allah sayang pasti penghujungnya baik dimata yang dicintai nya..

mungkin aku bukanlah siapa-siapa untuk dirinya..

tetapi sepanjang keberadaan aku bernafas didunia pasti ada sahaja muncul nya dia.. dia itulah seorang sepupu dalam keluarga aku, sepupu biasa tetapi keceriaan dan kebaikan nya tetap buat siapa sahaja dalam keluarga mahupun sahabat jadi gembira..

 Keyrun atau erun..panggilan biasa aku untuk dia kalau terjumpa terserempak dimana2..

Dari kecil..

perjumpaan keluarga pasti ada saja telatah dan gelagat dia..

asrama.. mesti tidak sah kalau tidak kecoh nama nya asyik kene sebut.. tapi semuanya dengan jayanya dia cover dengan lenggok gaya dan bahasa, gelak tawa nya yang pasti membuatkan orang makin geram! bukan geram marah.. tapi bikin orang geram terhibur..

banyak asrama dah aku kene sekali duk dengan dia..
aku tidak cakap kosong..aku cerita berdasarkan pengalaman..
aku dengan dia kalau jumpa tak lawan bicara pasti ada saja benda nak dicerita..terutama dengan kisah menyakat budak thai kat asrama pochan dlu.haha memang comel dan lawak je kalau diingatkan balik..huhuhu hm..

kesimpulan kecilku disini.. Dia itu lucu dan selalu dalam perhatian.. mata siapa saja yang lihat pasti tertarik ingin kenal siapa dia..


                                         **************


mesej aku masuk berbunyi selepas Arwah beberapa jam pergi.. " ELLA... ingat tak Ella pernah tanya.. siapa diantara kita yang akan pergi dulu??" emoticon berderaian air mata whatsapp deselit sama..

"Ella.. macam tak percaya erun pergi dulu dari kita..."

"Ellaaaaa.... jaddddd.... sedihnyaaaaaaaaa ellaaaa"

bertalu-talu mesej dari seorang ni..
aku tertanya-tanya .. ini siapa? hurm terfikir aku.. yang panggil aku ella dalam keluarga cuma berapa kerat je.. akhirnya tanpa berfikir panjang.. aku mereply ringkas..

" leylaaaahhh!!! eylah.. sampai hati kamu bla..bla "luahan berjeler..

bertubi-tubi juga aku merespon nya dengan penuh duka ..

"ellaa!! ni tikah la!"

sentap. dalam kesedihan sempat aku sengih mencuka.. macam mana boleh silap orang..haish aku nila..

"laaaa sorry tikah saya tak save nama.. hp ni hilang semua no contact nama"

hampa.

tikah kata.. lilah mana sudi dah nak mesej kita2 dah.. siapala kite..
(tikah, leylah, erun, cah, sebah,adalah sepupu2 yang paling kamcing..mungkin sebab sebaya..)

ada betul nya jugak kata tikah.. hati ni yang duka bertambah lah sedih nya...
terkenang kan keluarga yang besar dan utuh paling solid dulunya.. kini bagai terpecah dua..  semenjak ketiadaan yang mulia jad(Datuk) kami yang kami sangat sayang.. yang juga dah selamat pulang bahagia kepada Tuhan.. AlFatihah..

hurm.. tinggal tunggu giliran kita saja..
aku sempat tinggal kan nota ringkas di twitter..

"Selamat jalan sahabat , sepupu ku.. tunggu kami yaa.."
banyak yang merespon sepontan baru dapat berita kematian nya..

seingat Aku lah, terakhir paling banyak duduk lepak sama dengan nya.. sebelum aku kawen..
masih segar dalam ingatan.. yang dahpu menjadi sebuah kenangan..
Dia datang bersama sepupu dan kawan singgah kerumah abang aku yang dipinggir jalan..aku memang duduk disitu.tahu pula dia cari..
aku fikir kabar gembira.. rupanya dia datang nak pujuk dan ceramah kat aku tentang kawen..tergelak gelak aku tak percaya..

"ape ke gila.. betul ke apa yang kamu cerita ni? salah orang kot..?? salah dengar kot..?erun ko jangan memain.."

bla..bla..bla.. dia dengan penuh semangat  meyakinkan aku.seakan suruh aku tenang memikirkan..dan terima walau apapun yang terjadi.. aku semakin pelik..segala lawak dalam dirinya menjadi serius sekali..akhirnya aku iyakan saja berita darinya..dan lepak makan sarapan sama..tidak lama lepas tu.. segala yang dicerita erun menjadi nyata. aku terima sebuah pernikahan tanpa aku kenali siapa dan rupa.. Alhamdulillah..

tidak lama lepas itu jumpa erun di Times square..makan sama di pizza itali tingkat 5 food court. aku lupadah nama tempat tu.. memang rajin dia ada disana.. mungkin kerja juga kot dia.. aku pun ingat2 lupa.. lama borak dan gelak tawa macam biasanya..sempat dia kata dia suka keychain2 yang aku hadiah kat dia..huhu alaahh kisah lama la erun.. malu je hadiah kecil tu juga yang diingat-ingat dia.

setiap celahan ungkit kisah lama huhu pasti dia suka kata.. "malu lah ngan erra.."" segan lah..ngan erra" hurm.. aku faham sangat dia.. huhu bisa jadi, trauma ngan watak ustajah & pengawas aku diasrama dulu barangkali..hee perli pada diri aku sendiri dalam hati..poyo gile aku.xsuka ingat. kenangan - BCH Selangor , Pochan Kedah & MERBOK :')


Selamat jalan Khairun Nisa Mohammad... moga kamu jauhh lebih bahagia disana.. maafkan aku ya erun.. tak sempat jumpa buat kali terakhirnya.. ikutkan hati..dapat rasakan masa kamu sakit tenat.mungkin kamu akan segera ke syurga.. ingin sekali hasrat hati ni jumpa..tapi apakan daya.. beribu kilometer jarak laut memisahkan kita.. aku masih baru pula jejak sampai Jakarta.. menyesal pula aku tak berusaha contact dengar sendiri kabar dan suaramu.. minta maaf ya khairun..huhu.. aku tak tahu kamu baca tak ni.. huhu macam mustahil coetan hodoh kecil ni malaikat sudi sampaikan.. aku cuma nak minta maaf dan nyatakan.. walaupun kita selalu tak jumpa.. kamu selalu je dalam ingatan saya..

satu hal yang aku suka dari kamu.. selain sifat mu yang bersahaja dan pemurah..
sekali pun seburuk apa saya dimata kamu..
tapi kamu tak pernah pula nak bermasam muka kalau jumpa.. tak pernah pula membuat saya asing dan dibenci.. kamu tetap adalah seorang penghibur sama rata tiada bezanya dari sahabat yang lain.. sungguh dalam diam tersimpan terharu bila terkenang kamu..

sungguh lain dan beza rasanya bila kamu dah tiada didunia untuk selama-lamanya..
dengan kita dah tak jumpa dah lama...

 aku tak pernah kira secepat ini kamu pergi..

serius aku sedih..

Tuhan..

sampaikan salam ku untuk key-run.. (T__T)...




"Selamat hari lahir khairun Nisa Mohammad.."







Video yang dikongsi dari salah seorang dari sahabat lama kami..



                             untuk lihat Video dari kakak nya.. pula klik sana.. AL FATIHAH .



"Hidup,mati,jodoh,rezeki...alam akhirat semua nya ketentuan hanya ditangan kekuasaan Tuhan,mutlak"
 Jangan manusia pula memandai nak belagak jadi Tuhan.. tentu kan nasib orang saat hayat dan hujung tiada nya..






Alfatihah..

Coretan saya berakhir disini..
moga diizinkan Tuhan .. kita jumpa lagi..
Yang baik dari Allah.. yg buruk dari kelemahan diri saya.
ampun maaf zhir batin..



KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2014

$
0
0
Kita yang tua-tua ni bukan hidup lama.. 
pasti generasi baru yang akan muncul..
siapa lagi kalau bukan..
bakal pemimpin, pendidik dan pengusaha dimasa depan..
anak2 yang masih kecil..
adik-adik.. anak saudara.. anak-anak jiran.. dll nya..
*wah terus rasa macam pengacara nona pulak:P 


Dari didikan agama , berilmu , jiwa besar yang berjaya ditanam kan dalam hati si anak insyaAllah.. ibu bapa , agama , bangsa dan negara pasti berbangga.. dan memerlukan mereka..

sebelum saya terlajak menjadi ustajah tiruan hehe.. saya ingin mengundur diri dahulu..

sebelum anda juga mengundur diri.. 


boleh lah layari Kem sufi cilik ni.. saya suggestkan.daripada anak2 duduk rumah..menonton yang melaghakan.. kasi minda mereka terbuka,dengan join aktiviti riadah seperti ini.. ramai kawan2 baru menanti anak2 anda disana.. dengan tujuan dan harapan hati yang sama.. untunglahh.. InsyaAllahh..

"Niat yang baik , pasti Tuhan permudahkan dan tunjukkan jalan kebenaran"




Objektif : Melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang Soleh berwatak pemimpin berjiwa besar, cegas dan berfikiran kehadapan. Anak-anak di asuh dan diterapkan jiwa islam yang murni, bercita-cita besar untuk membangunkan islam.





Tentatif pengisian (Menarik) :
  • Tahfiz Al-quran dan hadis
  • Kebudayaan dan kesenian islam
  • Melatih berdikari dan berjiwa besar
  • Praktikal Fardu Ain (Mazhab As Syafie)
  • Membuat Video pendek (Animasi)

Sila Hubungi untuk Pendaftaran & maklumat lanjut : Ustazah Atiqah 012-221 7105 (urusetia) – Call/sms/whatsapp

sebarang maklumat lebih lengkap: 
www.fatabestari.com.my [ KLIK SINI ]"


http://www.benashaari.com/2014/10/kem-cuti-sekolah-untuk-si-kecil.html

akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/10/kem-cuti-sekolah-oktober-november-2014.html

http://www.irrayyan.com/2014/10/kem-cuti-sekolah-oktober-november-2014.html

http://rusukiri.blogspot.com/2014/10/kem-cuti-sekolah-oktober-november-2014.html

miszrockers.blogspot.com/2014/10/kem-cuti-sekolah-oktober-november-2014.html?m=1




lagu favourite waktu kecil.. siap nyanyi depan cikgu2^^ 
Lagu ini juga yang akan digunakan untuk anak2 kem motivasi sufi cilik .

sekian.. yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan diri saya.. maaf zhir batin^^


Viewing all 176 articles
Browse latest View live