CINTA WIFI MODEM
Perjalanan Vacation kali ni ditaja oleh Encik suami.Memandangkan dia nak sangat tengok negara Jepun. So dengan bahagia nya saya iya kan saja. Walaupun saya takdelah teruja sangat nak kesana. Teruja sebab pergi ngan dia je=P *sila muntah
Alhamdulillah !
berkat adanya wifi.bukan sahaja memudahkan perjalanan kami yang tanpa Tourist Guide nih. Tapi mendekatkan ikatan antara suami dan isteri ! haha
Pandai tau dia !
Dia tahu bini dia takleh hidup dinegara orang tanpa WIFI. so mana dia pergi kita kena ada sebelah dia='D . Teknik yang bagus ya Tuan tuan dan Puan puan sekalian.='D Bini takkan berani jadi samurai menghilang ntah kemana mana.. huh! sangat mencabar!XD
Anak anak semua kita dah start "brainwash" awal awal..
"Mama dan papa nanti takde lama tau.. mama papa ke jepun.. ya zav.. zaheera..!"
Zavier dah faham . awal awal jer macam mengamuk merajuk. sebab dia kata nak ikut jugak!(matilak aku nak explain camne) akhirnya berjaya ditenangkan dengan kata kata manisXD
"Okay .. kalau mama papa pergi.. mama bawak ROBOT GUNDAM untuk abang Zav tauu?"
dia merenung memikirkan seketika hahah
akhirnya deal! dia okay and u guess what. Dia tuntut setiap kali kami video call dengan dia! haha
kurang asem nya anak soleh cinteekuu !
Zaheera?
hmm.. hmm ni sadis sikit lah. sebab dia Jepun pun tak faham tempat apa. cakap nak pergi pun dia buat dek(blur) jer.. sebab dia rasa kalau mama cakap pergi pun biasanya petang dah balik..so dia macam tak heran gitu.. Tapi mak nya lah paling tabah!
Camne aku nak tinggalkan Zaheera nih ya Allah..T__T (Dia masih menyusu badan dan memang Alhamdulillah genap 2tahun ni susu masih subur ='D) Allah ya Karim..
Aku tekad! pulang dari Jepun Zaheera susu botol sahaja.
Moga dia tabah dan Aku kental!
AIRPORT TERMINAL 3 JAKARTA
Malam tu aku berkemas bagai nak rak. Tak tidur. Subuh dah berangkat.. Peluk Zavier yang sedang lena tidur, tapi.. Aku memang tak sempat nak babai2 cayang2 Zaheera . sebab Bibik takut Zaheera nangis so pepagi subuh jam 5 dia dah minta izin nak bawa Zaheera ke warung beli nasi.. aku ok kan sahaja. Rupanya betul betul Dia nak Zaheera jauh dari aku. so aku pergi dalam keadaan terpinga pinga mana Zaheera?! aku nak gomol peluk puas2 takleh. Terkilan sungguh oi!='D Hanya Ibu sejati je faham perasaan tu camnee.. pedih rindu!! belum 11hari lagi nih haha adoii bibikk tau lah semangat sangat nak jaga Zaheera tuu..bawak hilang teruss huhu...='))"Rasa macam ke Mall jer kita nih" kata Abang Dany..
sambil tolak bagasi menuju tempat check in.Janggal dan rasa aneh kali ni.. berjalan ke aiport hanya berdua. huhu
(sebab memang kami kalau dating berdua mana pernah lama.. biasa paling paling lama pun ke mall je.. sebab somi jenis 'pesyen' suka ke mall tanpa anak ='D)
Oklah! dah check in.
PERJALANAN DARI INDONESIA KE TOKYO JEPUN
mengambil masa 7 jam. 2jam perjalanan kami transit beberapa minit di Singapore kemudian baru direct ke Tokyo.
Sepanjang perjalanan dengan Singapore Airlines..
Alhamdulillah sofar baik baik sahaja..
macam flight yang lain..
sedia makan, selimut, bantal,selipar ubat gigi dll kemudahan...
KAKI DI TANAH JEPUN
Sampai je kami punya flight ke Tokyo tu malam..
macam pening2 ubi je dua dua bila tiba di Airport HANEDA.
haha rasa cam bangun dari tidur tiba tiba masuk dalam dunia drama ultraman.. semua bahasa depa. tulisan depa.
Sempat lah nampak muka gelabah suami time tu haha
dalam hati guwe.."boleh ke ni dia nak guide aku ni kat negara org camni haha.. awat nampak blur sangat..kita maafkan lah.. sbb baru ting tong bangun dr tidur kan.."
Tapi memang saya sangat yakin dengan dia^^
Sebab dia orang nya jenis gigih. kalau dia kata "Dia bisa" biasanya dia akan jenis gigih sampai dia betul2 "bisa" sejenis perangai kalau dah nak, pasti akan dapat.
BISMILLAH...
Perkiraan kita.. jam 9/10 sampai kita urus tiket station keretapi kemudian settlekan simcard atau sewa WIFI di Airport untuk aktif internet selama 11 hari.. kmudian.. jam 11 camtu atau pling lambat jam 12 dah rehat di Hotel ...
tapi..
Allah sayang kami.
hehe
Allah nak kami belajar..dan belajar dulu.. kan first time huhu
Jam 2 pagi baru dapat landing atas katil hotel haha
Alhamdulillah sebaiklah berkat hotel dan bilik yang indah berjaya buatkan perjalanan yang panjang menjadi kenangan terindah =D
KEJADIAN SALAH ORANG
Dihari pertama destinasi nya ialah ROBOT GUNDAM GILA BESAR di Odaiba.betul2 berdiri dekat depan Mall DiverCitu Tokyo Plaza, bersebelahan dengan AQUA CITY MALL sebelah nya lagi pula Hotel 5hari kami sepanjang menginap di Tokyo..
- Patung Robot Gundam ni tinggi dia 19,7meter
- lebih tinggi 1,7meter dari Robot sebelum ni.
- Gundam jenis RX-0 Unicorn
- Boleh transform dalam dua mode
- pertama dia boleh bertukar kepada Mode memancarkan sinar berwarna pink disela sela badan nya
- Kedua mode , Dia boleh keluarkan tanduk ala Unicorn .
- Mode ini hanya berlaku setiap jam pukul 11 siang dan di jam 1, 3 dan 5 petang.
Ni kalau kena jentik ngan kaki gundam je dah leh sampai direct ke hotel balik ='D |
ROBOT GUNDAM ni setinggi Mall Diver City Tokyo plaza ni tauu! |
tengoklah orang tengok dia pun bukan setakat kena dongak, kena pusing sampai telinga kena bahu baru full view !XD |
jangan kata korang cuba cuba style lentok telinga kat bahu gak?=P eleh cuba lah tuuu kann haha |
jalan lagi beberapa langkah kedepan akan ada pula Patung Tiruan LIBERTY tersergam indah di tepi persisiran tasik Tokyo.
Odaiba. Percayalah disebalik gambar couple yang indah pasti ada seorang yang akan berlari ketika "timer" haha |
Puas lah kami sakan berjalan... sekitar situ dulu..
mula nya.. suami dulu salah orang.. nasib baik dia tak sempat pegang atau tarik tangan budak jepun tu..
sebab dia kata dia jalan terlepas tangan dia nak tarik sebelah eh orang lain..
aku dengar.. "panas jer" haha eleh buat2 tak perasan lah tu~ dalam hati mencerca haha=P
muka aku dengar.. poyo jer.. konon tak kesah=P
PADAN MUKA , KENA BALIK !
Disebabkan . Allah tu Maha Adil dan Maha Membaca hati hamba2 nya. pada hari ketiga..
aku kena pulak!
lagi teruk..(geli hati kalau ingat.selebet betul!)
malu okay!
Nasib baik aku berjaya acah2 aku lah mangsa haha
aku jalan menonong jer.. pastu ntah tangan cowok jepun mana lah aku seluk nak gi pegang..sempat lah macam ter pegang dua saat. tersedar terus buat2 macam terlanggar! haha orang tu pulak yang beria minta maaf hahaha*kejam*
blushing betul aku dah! nak simpan mana muka. Nasib baik. dah orang tu lak rasa bersalah lebih lebih, dia rasa macam dia berdiri halang jalan kot.."
aku terus buat muka "eh takpe2" sambil tangan angkat satu.
dengan pantas aku blah. dan mula ON pasang 'Mata James bond" scan suami.
Seriuslah dia nih! mana pulak??
Rupanya tengah asyik sangat ambil gambar langitlah , tianglah, kedailah,kucing yang lalu lah !
lupa bini.
XD
aku yang masih cemas malas nak ceghite dulu.. dah sampai hotel baru buka cite. selesai aku cerita.
dia respon.
Ingatkan dia nak marah ker, cemburu ker kan?
Dia gelakkan aku. gelak ok?
grr
korang mesti ada je teruk pikir bukan2 kann.
sikit pun gwe tak hingin tersentuh tangan mana2 lelaki selain suami.
Tulaa Kau Erra,, gelakkan dalam hati suami salah orang lagi..
kan dah Allah bagi rasa digelakkan seluruh alam dan suami!XD kah!
korang gelak gak..? kojaq kan. haha
dah..dah..! ok janji. besok erra akan citer yang lebih ber ilmiah. Allahh..
cemas...
sekian lah sampai sini dulu erra story di Hari pertama Erra di Tokyo.
Oh ya! memang hari pertama kami keluar hotel lambat.. Tu yang tak dapat banyak tempat.. Cuma sekitar Odaiba petang , belah malam ke Tokyo Tower..
- Tinggi Tokyo Tower ni 634meter
- Diiktiraf sebagai menara tertinggi di Jepang
- Berwarna oren dan putih
- bentuk macam eiffel, nampak sama tapi tak serupa huhu
- menara terbuat dari baja
- Menara ini di Taman Shiba
- Menara Komunikasi fungsinya sebagai antena pemancar TV analog,TV lokal,dan radio dll
- kat bawah banyak jual souvenir,tak mahal , tak juga terlalu murah.. masih termasuk okay dan banyak pilihan.
- diatas nak masuk kami kena bayar 900yen(seorang) diatas boleh hayati permandangan dan ada cafe tersedia.
Sejuk masa ni masih power sekitar 11'c
Alhamdulillah... jalan dalam sejuk2 ni kelebihan nya kurang sikit penat dan sakit kaki berjalan...
Terima kasih Tuhan.
Tq dah baca sampai habis sambil kutuk kita dalam hati . haha
ok daa~
ok daa~
Arigatoooo!!! haip~! XD