Tak tahu nak mula dari mana..
perjalanan singkat ku di Eropah adalah satu pengalaman yang Allah izinkan..
untuk aku selami dan belajar dari kehidupan..
belajar menjadi ibu yang cekap dan cergas .
kerana apa bila kita traveling(musafir)
apatahlagi bila bawa anak anak..sudah tentu lah memerlukan tenaga ,kesabaran,kekuatan,kesihatan
berganda dari biasa . selalu..
PARIS.
Terima Kasih Tuhan..
akhirnya aku sampai sini..
Tujuan kita bermusafir melihat negara orang adakah untuk suka suka..?
tak.
untuk kita jadi lebih baik dari pada sebelumnya..
kalau dulu kita seorang ibu yang biasa biasa.
bermusafir traveling sama anak anak..
menjadikan kita ibu yang tough dan luarbiasa.
melalui sakit anak di perjalanan..
tangis anak di perjalanan..
lapar anak diperjalanan..
mereka tenang kita bahagia.,
mereka resah kita pula tenang.
insyaAllah bahagia itu akan datang bila kita telah tenang menghadapi sesuatu ujian.
Alhamdulillah.
disini bukan lah nak cerita tentang ragam atau susah anak.
"MAHA BAIKNYA ALLAH..
ALLAH MEMBUAT MEREKA TENANG..
AUTOMATIK AKU BAHAGIA.."
PARIS, SAKSI KASIH SAYANG KAMI MOGA SAMPAI KE SYURGA.
PARIS.
SIMBOLIK TUGU CINTA, KASIH.
BAGI MEREKA.
TAPI BAGI AKU..
SIMBOLIK TANDA KASIH SAYANG ALLAH HADIRKAN MEREKA DALAM HIDUPKU..
ALLAH..
huhuh.....
yang aku cemaskan kan... kalau aku tak berjaya membalas cinta Nya. dan mereka...
Semoga Allah kuatkan aku..
menghadapi realiti dunia ku..
Terima kasih Tuhan..
moga aku cemas selalu dalam rahmat dan perlindungan..
Jangan sampai aku dan keluarga ku , mereka yang aku kenal tergelincir dalam lalai nikmatnya dunia yang menggamit gamit ini..
sungguh.
aku jejak sini.
aku bahagia.
tapi.
jauh lubuk hati..
aku cemas....
Sepanjang disana.. Orang asing pun tegur.. Cantikk... Bukan erra nya.😂 baju nya.. Siap kata mama ibah, ada orang masa di kafe diam2 ambil gambar baju dari belakang.. 😅 cakap jelah nak autograph i.. Malu2 pulak 😂
Salah satu impian tercapai.. Memakai design sendiri di negara orang..
Walaupun macam narsis syok sendiri.. Tapi tulah tanda bersyukur 😂
Tak sangka last minute bju jadi juga.. Tulah jubah winter ala turkey idaman erra.. Yang ada dalam kepala.. Dan berjaya terwujud. Nak beli memang takkan jumpa. Kalau jumpa mungkin ada tapi mahal tak pun jual di ceruk mana..
Ehemm.. Nak tempah boleh.
Sila Pm. 😂 harga boleh bincang😜
Tempat penting untuk ziarah di Paris
MENARA EIFFELMUSEUM LOURVE PYRAMIDMONT MATREARC DE TRIOMPHECHAMP ELYSEE
Dan antara yang menarik.. Setiap kali naik teksi. Driver akan lalu bawah jembatan yang tempat kejadian Puteri Diana excident dulu.. 99.x lalu.. 99x juga lah mereka akan cerita.. Tpi Sebaik erra tak bosan dengar.. Lagenda Puteri Diana selalu dihati..
Actually.. Menurut pandangan erra bnyak lagi negara di Europe yg lebih menarik dari Paris. . Tapi tetaplah..
Perasaan teruja tu ada disini.
Cuma tak banyak..
Yang banyak adalah..
Permandangan berpacaran 😂
Dan kisah maling (pick pocket)
So extra hati2 disini ya..
Banyak dah dengar kisah kawan dan dari sedara yang pergi terkena ngan sindiket nih..
Kalau bawa anak. Pasti kan bawa plastik penutup stroller. . Sebab time sejuk bukan nya hanya sejuk.. Tapi angin juga kuat. masa ni.. Rintik2 "salji tak jadi" turun tu juga mengakibatkan kita kesejukan.. Anak2 pasti tak selesa..ibarat rintik ujan..😄
Alhamdulillah...
Kami dah lalui.
Ternyata, tidak lah teruk macam yang kita fikirkan.. InsyaAllah... Anak2 kasi je makan dan bekalan minum yang cukup.. Baju sejuk yg betul2 tebal. Pakai kan selalu legging khusus.. Dan baju tangan panjang yang melekat dibadan.. Biar kan berlapis.. InsyaAllah. Mereka akan ok.
Selamat travel ibu2 dan anak2 sekalian. .
Moga Allah terus jaga dan bantu perjalanan kalian..
Dah dah. Pi tengok tiket.
Pandai cari tiket murah.. InsyaAllah ada lah rezki sampai..
Tiada yang mustahil bagi Allah..
InsyaAllah kita semua Allah rezkikan jejak tempat2 yang kita memang nak sangat pergi..