"YaAllah..
Kenapa ni..."
Kenapa ni..
Meja mula bergoyang..
Makin kuat..
Kepala mula terasa terhuyung hayang..
Hati mula cemas.. Bimbang..
"hanya perasaan aku je ker ni?
Aku sorang je ke yang rasa.."
Aku melirik curi pandang yang lain..
Mereka kelihatan masih tenang..
Lama kelamaan.. Makin kuat gempa membuat kan semua sentap panik..
Istighfar tanpa henti..
Yang ada dikepala ku cuma terbayang
Anak dirumah dan di kereta..
Hati resah ingin peluk hanya bersama mereka..
Program event berbayar yang erra hadir belum mulai..
Pengacara yang baru mula menyerahkan mic kepada perwakilan event ikut sama
Tergamam.. Semua mula saling melihat diantara satu sama lain..
- Jakarta diguncang gempa pada pukul 13.35 Waktu Indonesia Barat, Selasa (23/1/2018).
Announcement
"Semua diminta keluar dari gedung segera.."
Tanpa lengah semua meninggalkan tempat program dan keluar berdiri didepan gedung (banggunan) Hotel..
Semua sibuk.. Sibuk memikirkan apa yang dirasa.. Apa yang didengar dan apa yang dilalui beberapa detik gempa yang berukuran 6,1 SR yang baru terjadi..
Pasti lah mereka juga macam erra..
Yang ada dikepala terbayang keluarga..
Allah.....
Allahh...
Allah.....
Astaghfirulllah...Astaghfirullah..
Cuba tenangkan diri dan cuba istighfar tak lepas dari mulut..
Itu je yang aku mampu.
Kebetulan kereta Erra parking betul2 depan Hotel.. Jadi erra lekas masuk dengan panik sambil tangan menggenggam hp yang dah separuh nyawa.. Dan mencapai Zavier yang sedang lelah ngantuk tak berdaya.. Aku peluk dia sekuat hati.. Sambil Istighfar..
Rasa ingin menangis..
Kepala hanya fikir Allah...suami.. Qaisara mama dirumah.. Umi.Ayah...abang2 adik2..Keluarga..
Terima kasih Tuhan..
Mengembalikan semula rasa2 yang selalu hilang..
Cemas dan takut akan kebesaran Mu..
Kekuatan Mu..
KeagunganMu..
KehebatanMu..
Melebihi apa pun..
Pemilik bumi. yang menguasai hari pembalasan dan akhirat.
Pemilik bumi. yang menguasai hari pembalasan dan akhirat.
😭😭😭
Aku yang masih takut..... yaAllah..cemas.......
- Gambar sebelum peristiwa berlaku.. Program belum mula.. beberapa minit sebelum kejadian..
- Gambar dibawah selepas peristiwa gempa, diambil dari cuplikan video yang sempat terakam di kamera handphone
Alhamdulillah.. berkat doa semua.. tiada yang serius berlaku..
Terima kasih buat semua sahabat atas doa dan perhatiannya..
Semoga kita semua terus dalam lindungan dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya..